Now Reading
Mesin X-ray Di Lapangan Terbang Changi Terbakar, Kerosakan Elektrik Jadi Punca

Mesin X-ray Di Lapangan Terbang Changi Terbakar, Kerosakan Elektrik Jadi Punca

Kebakaran pada mesin X-ray itu telah menjejaskan penumpang bagi penerbangan Scoot TR280 dari Singapura ke Bali, Indonesia pada 6:30 pagi semalam (6 Ogos).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lapangan Terbang Changi di Singapura pernah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia kerana memiliki fasiliti dan kemudahan yang sangat mengagumkan.

Ia termasuklah penggunaan biometrik mata dan muka tanpa memerlukan lagi pasport oleh para penumpang untuk melepasi imigresen.

Dengan penggunaan teknologi ini, Singapura kini menjadi sebahagian daripada negara terawal di dunia seiring dengan Dubai dalam kemajuan di lapangan terbang.

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Bakal Jadi Negara ‘Bebas Pasport’ Di Lapangan Terbang Changi Mulai 2024


Lapangan Terbang Changi Kecoh Dengan Insiden Mesin X-ray Terbakar

Di sebalik kecanggihan tersebut, lapangan terbang terbaik dunia ini berdepan dengan satu insiden selepas sebuah mesin X-ray di pintu gate D46 Terminal 1 dipercayai terbakar sekitar 6:30 pagi semalam (6 Ogos).

Kebakaran tersebut telah menyebabkan penumpang yang sepatutnya berlepas pada jam 7:10 pagi menaiki penerbangan Scoot TR280 dari Singapura ke Bali, Indonesia tersangkut selama dua jam.

Kejadian itu sempat dirakam oleh salah seorang penumpang yang di sana dan video berkenaan juga dimuat naik di laman TikTok (@montanaandchris).

Memetik laporan Channel News Asia, kesemua penumpang yang terjejas itu kemudiannya diminta untuk bertukar ke pintu pelepasan yang lain berikutan insiden yang berlaku.

@montanaandchris

After being awake for 24 hours and having a 10 hour layover this was the last thing we expected to happen right before getting on the plane @Montana Jaynee #ohno #traveldays #firehazard #flightdelay #travelcouple #whoopsies

♬ Oh No – Kreepa

Ini Respon Dari Lapangan Terbang Changi

Susulan kejadian tersebut, jurucakap Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) menjelaskan kerosakan elektrik menjadi punca kebakaran kecil dalam mesin X-ray di pintu D46 Terminal 1 itu.

Kebakaran itu kemudiannya berjaya dipadamkan oleh dua kakitangan lapangan terbang terbabit sebelum Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di sana selepas dimaklumkan mengenai kejadian pada 6:40 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penerbangan penumpang ke Bali telah berlepas pada jam 9 pagi.

Syarikat Scoot Airline juga meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan menegaskan bahawa keselamatan para penumpang sentiasa menjadi keutamaan mereka.


Lapangan Terbang Changi Bukan Lagi Nombor Satu Di Dunia

Sumber: Pexels

Memetik laporan World Airport Awards, survei yang dilakukan oleh pengguna dari seluruh dunia pada tahun 2023 sehingga 2024 mendapati bahawa Lapangan Terbang Changi tidak lagi menjadi lapangan terbaik di dunia.

Takhta tersebut yang telah dipegang selama 12 tahun kini telah dirampas oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar selepas dikategorikan sebagai lokasi yang mmepunyai seni bina paling kompleks serta termewah di dunia.

Ia sekaligus telah meletakkan Lapangan Terbang Changi di tempat kedua diikuti oleh Lapangan Terbang Incheon di Korea Selatan di kedudukan ketiga.

Baca Artikel Berkaitan: KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd