“Bila Buat Konten, Itu Happiness Saya” – Pinn Yang Dedah Kenapa Selalu Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai
Menurut pengasas KL Foodie itu, dia pernah menaja pakej umrah, membelikan motosikal dan banyak lagi untuk individu tidak dikenali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang menggunakan platform TikTok, sudah tentu konten influencer dikenali sebagai Pinn Yang selalu muncul di FYP (for you page).
Menerusi video-videonya, anda dapat lihat dia selalu memilih individu secara rawak di tempat terbuka dan memberikan hadiah yang tidak disangka-sangka.
Antara syarat yang selalu ditetapkan sebelum memberikan seseorang hadiah adalah individu tersebut perlu menjadi pengikutnya terlebih dahulu di media sosial tersebut. Oleh disebabkan itu, ramai di kalangan masyarakat sudah ‘follow’ Pinn Yang siap-siap sebelum keluar rumah.
Pinn Yang Dedah Suka Kongsi Rezeki Untuk Cari Kebahagiaan Sebenar
Pun begitu, mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya mengapa Pinn Yang sering berkongsi rezeki dengan orang tidak dikenali.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok influencer kewangan, Financial Faiz (@financialfaiz) menyaksikan Pinn Yang berkongsi isi hatinya tentang prinsip yang dipegang dalam hidup.
Menurut Pinn Yang, segala benda yang diimpikan olehnya telah pun dibeli sebagai contoh rumah pertama, kediaman untuk ibu bapa, kereta, jam tangan mewah, lot tanah di Pulau Pinang dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, dia merasakan memiliki harta benda yang banyak bukanlah kebahagiaan sebenar buatnya.
“Walaupun saya dah dapat (harta), itu bukan kebahagiaan sebenar yang saya sayang. Saya sedar bila saya buat konten, itu kebahagiaan saya. Bila tengok kanak-kanak, makcik dan pakcik di video, itulah kebahagiaan sebenar saya,” kata Pinn Yang lagi.
Pemberian Telefon Pintar Boleh Bantu Individu Lain Bangunkan Bisnes
Jelasnya lagi, dia berasa gembira apabila dapat menaja pakej umrah, membelikan emas, motor dan banyak lagi untuk masyarakat.
“Hari ini saya beli iPhone, ia tak akan bagi saya kebahagiaan lagi. Tapi kalau saya beli (dan beri) mungkin ia boleh bantu dia (penerima) bangunkan bisnes dengan menjadi content creator atau apa-apa yang dia nak jadi.
“Itulah kegembiraan yang saya paling tertunggu-tunggu sekarang,” ujarnya.
Sekadar info, Pinn Yang yang kini berusia 31 tahun merupakan pengasas kepada rangkaian Good Foodie Media yang meliputi semua jenama platform foodie iaitu Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie dan lain-lain.
@financialfaiz Perjalanan KL FOODIE, Pinn Yang bermula dengan SIDE HUSTLE! Sekarang dah boleh tolong sponsor umrah orang lain! Financial Faiz Podcast bersama @Pinn Yang #financialfaiz #klfoodie #podcast #PinnYang #GoodFoodMedia #TiktokGuru ♬ Storytelling – Adriel
Pinn Yang Dipuji Kerana Selalu Berkongsi Rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji prinsip dan pemikiran Pinn Yang tentang konsep kebahagiaan.
Ada juga yang sempat berseloroh dengan berkata orang ramai perlu berpura-pura jika terserempak dengan Pinn Yang bagi mendapatkan hadiah.
“Kalau jumpa Pinn Yang dan dia tanya kau kenal tak cakap je tak kenal. Nanti dapat hadiah,” ujar seorang individu.
Dalam sudut agama Islam ada juga seorang individu berpendapat kebaikan yang dilakukan oleh Pinn Yang itu adalah satu bentuk zakat.






Berikut adalah podcast penuh Pinn Yang bersama Financial Faiz:
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit
Baca Artikel Berkaitan: “Meriahnya Rezeki Susu Anak-anak” – Tindakan Wanita Ini Kongsi Susu Badan Dipuji Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Man Gives Angpau To Garbage Collectors – Their Reactions Are Heartwarming
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



