Now Reading
Lee Chong Wei & Michelle Yeoh Ucap Tahniah Atas Kemenangan Lee Zii Jia Di Sukan Olimpik 2024

Lee Chong Wei & Michelle Yeoh Ucap Tahniah Atas Kemenangan Lee Zii Jia Di Sukan Olimpik 2024

Lee Zii Jia telah memenangi tempat ketiga dan meraih pingat gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama Malaysia sekali lagi diharumkan di mata dunia selepas atlet badminton perseorangan, Lee Zii Jia telah berjaya memenangi perlawanan menentang pemain dari India iaitu Lakshya Sen di Sukan Olimpik 2024.

Kemenangan Zii Jia itu sekaligus menempatkan beliau di kedudukan ketiga dalam acara badminton perseorangan dan meraih pingat gangsa.

Perlawanan yang berlangsung semalam (5 Ogos) itu cukup mendebarkan buat seluruh masyarakat Malaysia kerana ia bakal menentukan sama ada atlet berkenaan akan menambah pingat baharu atau tidak buat negara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kedai Mamak Di Setapak Nyalakan Bunga Api Sempena Kejayaan Lee Zii Jia Buat Ramai Kagum


Lee Chong Wei Puji Semangat Lee Zii Jia

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook, bekas pemain badminton nombor satu dunia iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Lee Zii Jia dalam perlawanan di Sukan Olimpik 2024.

Chong Wei juga memuji semangat pemain badminton tersebut yang telah banyak berkorban meskipun perjalanannya tidak semudah yang disangka.

Semangat anda disegani seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas pengorbanan anda, Zii Jia. Seluruh Malaysia mengucapkan terima kasih kepasa anda dan akan terus menyokong anda. Anda memang layak untuk dapat pingat Olimpik.

Datuk Wira Lee Chong Wei.

Sebagai bekas pemain badminton nombor satu di Malaysia, Ching Wei memahami tekanan dan tanggungjawab yang kini digalas oleh Zii Jia dan berharap atlet berkenaan dapat membawa pingat emas pula di Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 akan datang.

Bukan senang untuk galas tanggungjawab sebagai pemain nombor satu Malaysia. Saya harap anda dapat buat yang terbaik dalam tekanan ini dan membawa pulang pingat emas empat tahun akan datang.

Datuk Wira Lee Chong Wei.

Michelle Yeoh Juga Ucap Tahniah Kepada Lee Zii Jia

Dalam satu hantaran dimuat naik di laman Instagram, pelakon terkenal iaitu Tan Sri Michelle Yeoh juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Lee Zii Jia selepas berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki.

Michelle turut memberikan semangat buat pasukan Malaysia yang lain di Sukan Olimpik 2024 selepas beliau juga memuat naik hantaran serupa dengan meraikan kejayaan pingat pertama Malaysia dari Aaron Chia dan Soh Wooi-Yik pada Ahad lalu (4 Ogos).


Atlet Malaysia Bawa Pingat Gangsa Terima ‘Habuan’ Pertama

Susulan kejayaan atlet pasukan badminton terssebut, jenama kereta Chery Malaysia telah bersetuju untuk memberikan sebuah kereta mewah Tiggo 7 Pro kepada setiap pemain sebagai tanda penghargaan atas kemenangan mereka.

Sebagai info, Chery Tiggo 7 Pro itu merupakan kereta jenis SUV yang baru sahaja dilancarkan pada 21 Jun lalu dan dijual dengan harga bermula dari RM119,800.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd