Now Reading
[Video] SenQ Dipuji, Tutup Kedai Lambat Sebab Tayang Perlawanan Badminton Sukan Olimpik 2024

[Video] SenQ Dipuji, Tutup Kedai Lambat Sebab Tayang Perlawanan Badminton Sukan Olimpik 2024

Difahamkan premis SenQ yang menayangkan perlawanan badminton Sukan Olimpik 2024 itu adalah di pusat membeli-belah 1 Utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perlawanan badminton di Sukan Olimpik 2024 menjadi salah satu acara yang mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia memandangkan ramai atlet negara bertanding untuk sukan berkenaan.

Setiap kali ada pasukan yang bertanding, masyarakat tidak ketinggalan untuk menyaksikannya meskipun secara atas talian melalui telefon bimbit mereka.

Kebiasaannya pertandingan tersebut akan ditayangkan di restoran atau kedai mamak untuk ditonton secara beramai-ramai, tetapi siapa sangka kedai menjual barangan elektrik juga melakukan perkara sama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Berkumpul Tonton Perlawanan Badminton Sukan Olimpik 2024 Wakili Malaysia


Premis SenQ Tutup Kedai Lambat Kerana Tayang Siaran Tayang Perlawanan Badminton

Menerusi video dimuat naik semula di laman TikTok(@lumrahrakyat), sebuah kedai peralatan elektrik iaitu SenQ dilihat menayangkan perlawanan secara langsung melibatkan pasangan beregu lelaki badminton Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik dalam perlawanan semalam (4 Ogos).

Tayangan pada televisyen jenama Samsung yang berada di betul-betul di pintu masuk hadapan premis berkenaan telah menarik perhatian pengunjung pusat membeli-belah itu.

Mereka kemudiannya dilihat menonton perlawanan tersebut secara beramai-ramai sambil berdiri di hadapan kedai.

Siap ada yang duduk bersila sebelah televisyen berkenaan ya.

Sumber: TikTok @lumrahrakyat

Mereka turut bersorak gembira selepas pasukan beregu badminton negara itu berjaya memenangi perlawanan dan sekaligus meraih pingat gangsa bagi acara tersebut.

Walaupun hanya ditayangkan di televisyen jualan SenQ, tetap suasananya cukup meriah dengan tepukan tangan, siap ada yang melompat kerana terlalu gembira.

Meskipun kedai-kedai lain di lokasi berkenaan sudah tutup, namun premis SenQ di 1Utama ini beroperasi melebihi waktu demi memberi peluang kepada pengunjung menonton perlawanan badminton.

Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sangat bersatu padu apabila melibatkan acara sukan.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 381,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@lumrahrakyat/video/7399304020260654354

Masyarakat Puji Sifat Rakyat Malaysia Yang Bersatu Padu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat dilihat memuji sikap rakyat Malaysia yang bersatu padu terutamanya apabila melibatkan pertandingan sukan yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

“Cina, India, Melayu semua ada di sini. Terbaik,” kata seorang pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, mereka turut mengagumi premis SenQ berkenaan yang sanggup melanjutkan waktu operasi semata-mata untuk membolehkan pengunjung menyaksikan perlawanan itu.

Malah, masyarakat turut menjangkakan bahawa perniagaan SenQ akan semakin meningkat menerusi video ini.

“Jualan Senq Q lepas ni confirm makin naik,” ujar seorang pengguna.

Sumber: TikTok

Jangan lupa, seorang lagi pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia pula bakal beraksi pada malam ini jam 8:30pm dengan pemain dari India iaitu Lakshya Sen.

Perlawanan tersebut boleh ditonton [DI SINI].

Jom sama-sama berikan sokongan kepada para atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Gelagat Rakyat Malaysia Ketika Tonton Perlawanan Badminton Wakil Negara Di Sukan Olimpik 2024

Baca Artikel Berkaitan: Olimpik Paris 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Raih Pingat Pertama Malaysia, Tempat Ke-3 Beregu Lelaki Badminton


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd