Now Reading
“Takut Mommy Tak Ada Duit” – Ramai Sebak Lihat Anak Sulung Hanya Tenung Beg Sekolah Diingini

“Takut Mommy Tak Ada Duit” – Ramai Sebak Lihat Anak Sulung Hanya Tenung Beg Sekolah Diingini

Anak perempuan sulung dikenali sebagai Aishah itu dikatakan sering memikirkan tentang ibunya selain tidak pernah tantrum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang perangai anak sulung, ramai yang berkata golongan ini lebih memahami situasi mak ayah.

Hal ini kerana, segelintir daripadanya dikatakan pernah melihat kesusahan yang dilalui oleh penjaga untuk membesarkan mereka sejak kecil.

Walaupun dalam sesetengah kes ada anak sulung terasa hati dengan tingkah laku ibu bapa yang lebih memanjakan adik-beradik lain, namun ada juga yang bersikap matang serta tidak merungut.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]


Anak Sulung Tak Meminta Untuk Belikan Beg Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sharinalashes) menunjukkan situasi di sebuah kedai barangan sekolah. Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aisha sedang memerhatikan sebuah beg.

Renungan jauh anak berumur 7 tahun itu dilihat seolah-olah dia teringinkan beg sekolah cantik yang berada di depan mata.

Pun begitu, Aisha tidak meminta ibunya yang dikenali sebagai Sharina untuk membeli sebaliknya hanya pergi dari situ selepas melihat beg tersebut buat seketika waktu.

Situasi berkenaan sekaligus membuat Sharina berasa sebak melihat keadaan anak sulungnya.

“Mommy tahu kakak nak (beg). Kenapa kakak tak minta,” kata si ibu.

Perkara yang mengundang perhatian adalah jawapan yang diberikan oleh di kecil kepada ibunya iaitu, “Aisha takut mommy tak ada duit.”

Tersentuh mendengar jawapan Aisha yang prihatin terhadap ibunya, Sharina telah membelikan beg tersebut buat anak sulungnya memandangkan itu tujuan utama dia pergi ke kedai berkenaan.

@sharinalashes

“Aisha takut mommy tak ada duit” 💔💔

♬ original sound – MiorNaufal – mnmobilegraphy

Aisha Selalu Fikirkan Tentang Si Ibu

Kebiasaannya, segelintir kanak-kanak dalam lingkangan umur sebegitu akan merungut sekiranya tidak dapat barangan yang diinginkan. Namun lain buat Aisha di mana dia dikatakan sering memikirkan tentang ibunya.

“Dia selalu cakap nanti besar (dewasa) nak jadi doktor sebab nak buat rumah besar untuk mommy,” kata Sharina di ruangan komen.

Tambah ibu berkenaan, Aisha merupakan seorang anak yang baik di mana dia tidak selalu merengek, merajuk ataupun tantrum.


Orang Ramai Sebak Dengar Jawapan Aisha

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat sebak mendengar jawapan matang oleh anak sulung berkenaan.

“Saya sedih tengok muka dia. Memang nak tapi tak nak susahkan mak ayah. Anak yang sangat baik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ada yang berkata sesetengah anak sulung di luar sana tidak suka meminta bermacam-macam benda daripada ibu bapa atas faktor tertentu.

“Anak sulung yang menjadi saksi kesusahan mak dan ayah. Sebab itulah mereka tidak suka meminta,” kata seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu juga memuji cara didikan Sharina terhadap anak perempuannya yang bersikap timbang rasa.

“Didikan yang betul. Anak ada rasa simpati dan timbang rasa. Bagus kakak (Aisha). Aunty doakan kakak dapat apa yang kakak hajatkan ya,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@sharinalashes)

Buat ibu bapa di luar sana, sekali-sekala tanyakanlah kepada anak sulung anda tentang perasaan mereka. Ada sesetengah individu memilih untuk pendam apa yang mereka rasa daripada meluahkan.

Mungkin dengan cara berkomunikasi secara kerap, anda akan lebih tahu isi hati anak sulung di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Anak Pertama Kerap Kena Marah? Ini Penjelasan Pakar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd