Ini 6 Gelagat Rakyat Malaysia Ketika Tonton Perlawanan Badminton Wakil Negara Di Sukan Olimpik 2024
Ada juga sesetengah rakyat Malaysia yang curi-curi masa untuk menonton perlawanan badminton di Sukan Olimpik 2024 itu ketika sedang bekerja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak akhir-akhir ini, Sukan Olimpik 2024 menjadi salah satu topik hangat yang dibincangkan terutamanya melibatkan perlawanan badminton tidak kiralah kategori perseorangan mahupun beregu.
Meskipun sesetengah perlawanan berlangsung pada awal pagi sekitar jam 2 pagi, ada juga yang sanggup bersengkang mata demi memberi sokongan kepada pasukan badminton negara.
Semangat yang diberikan membuahkan semangat selepas pasangan beregu lelaki badminton iaitu Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 semalam (4 Ogos) sekaligus menjadi medal pertama buat Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Olimpik Paris 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Raih Pingat Pertama Malaysia, Tempat Ke-3 Beregu Lelaki Badminton
Gelagat Rakyat Malaysia Tonton Perlawanan Badminton Wakil Malaysia
Tanpa mengira waktu dan lokasi, masyarakat dilihat sedaya upaya mahu menonton perlawanan badminton yang diwakili atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2024 walaupun tidak berada di rumah.
Pelbagai gelagat sungguh rakyat Malaysia ini. Yang penting, dapat tengok perlawanan tersebut.
Antara gelagat yang menghiburkan dan menarik perhatian adalah:
#1. Ketika Sedang Duduk Di Bahagian Belakang Motosikal
Sambil-sambil menikmati angin ketika menjadi penumpang di bahagian belakang motosikal yang ditunggang oleh pasangan, apa salahnya kalau tonton perlawanan badminton pada telefon bimbit kan?
This is how Malaysian supporting ChiaSoh at the badminton olympic 2024 pic.twitter.com/9hvjTumk8U
— Max Safa (@MaxSafa) August 2, 2024
#2. Ketika Sedang Berada Dalam Dewan Kuliah
Alang-alang dewan kuliah di universiti mempunyai ‘slide’ yang besar, ia boleh menayangkan perlawanan badminton dan ditonton secara beramai-ramai. Barulah lebih meriah!

#3. Ketika Tunggu Anak Balik Dari Sekolah
Bagi ibu bapa yang mempunyai rutin untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka menonton perlawanan badminton tersebut kerana ia boleh distrim melalui telefon bimbit.

#4. Ketika Sedang Menjamu Selera Beramai-ramai Di Kedai Makan
Sambil-sambil hirup minuman Iced Latte atau makan ramen di kedai makan, masyarakat Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menonton perlawanan tersebut bersama kenalan yang lain.
Us dekat kedai makan HAHAHAHA pic.twitter.com/VgeF5vOxuU
— (.◜ᯅ◝) (@leejnlove) August 2, 2024
Sambil makan mee kuah pic.twitter.com/YMma8z3V1h
— Ris (@Frsyfq_) August 2, 2024
#5. Ketika Sedang Bekerja
Walaupun sedang sibuk bekerja, orang ramai turut mengambil kesempatan untuk curi-curi masa bagi memberikan sokongan kepada pemain badminton Malaysia, dengan harapan bos tak perasan.
tengah kerja kat kaunter weh pic.twitter.com/yrTcsesanc
— ⟭⟬💎Ain🤍 (@n_sffr) August 2, 2024
Tengok dalam lab. 👀😂 pic.twitter.com/HB2sTktQTZ
— Syazani (@msyazanizaini) August 2, 2024
Kerja hari2, olympic 4 tahun sekali. pic.twitter.com/440JSVXxWX
— Fareez Abdullah (@frzbdllh) August 3, 2024
Tapi kalau dapat bos yang ‘sporting’ lagi best. Boleh tengok sama-sama seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna X ini.
meeting pun boss selang seli bukak match 🫡 pic.twitter.com/cWJ4lh0TBU
— Fatimmm (@fatimsukkie) August 2, 2024
#6. Ketika Sedang Tunggu Giliran Untuk Menaiki Gelongsor Di Taman Tema Air
Orang lain mungkin sedang merungut kerana tertanya-tanya perlu tunggu berapa lama lagi untuk menaiki gelongsor di taman tema air.
Tetapi pengguna X ini pula mengambil peluang tersebut sebagai waktu untuk mereka menonton perlawanan badminton walaupun telefon bimbit mereka disimpan dalam ‘casing’ yang kalis air.

Walaupun masing-masing mempunyai tugas berbeza dan sibuk dengan urusan kerja harian, tetapi terharu pula apabila melihat bagaimana rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada atlet negara kita yang sedang berjuang di Sukan Olimpik 2024.
Situasi seperti ini mungkin boleh berulang sekali lagi kerana akan ada satu lagi perlawanan badminton melibatkan Lee Zii Jia yang bakal beraksi pada malam ini jam 8:30pm dengan pemain dari India iaitu Lakshya Sen.
Perlawanan tersebut boleh ditonton [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



