[Video] Pelajar Dedah Tandas Kolej Kediaman Kotor & Berkerak, Sanggup Tahan Dari ‘Lepaskan Hajat’
Menurut pelajar itu, dia bersama rakan-rakannya sudah cuba membersihkan tandas tersebut, namun kerak berkenaan masih tidak tanggal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, kebersihan merupakan satu aspek penting yang perlu dijaga oleh semua pihak. Pun begitu, masih ramai tidak mengendahkan perkara tersebut sehingga ia membawa kemudaratan kepada individu lain.
Sebelum ini, seorang lelaki meluahkan rasa stres selepas melihat sikap rakan serumah yang pengotor. Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan sofa yang baru sahaja dibeli sudah koyak-rabak.
Bukan itu sahaja, rakan serumahnya juga membela seekor kucing tetapi tidak dijaga dengan baik kerana dia dikatakan mengabaikan kebersihan sangkar haiwan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral
Tandas Sebuah Universiti Awam Tak Terurus & Berkerak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jumlepakmamak) apabila seorang pelajar sebuah Universti Awam (UA) mendedahkan keadaan tandas kolej kediaman yang tidak terurus.
Dakwa individu tersebut, kebajikan para pelajar di sana tidak terjaga. Bukan itu sahaja, para penuntut yang lain juga dikatakan tidak prihatin tentang kebersihan tandas yang digunakan bersama.
“Air dah jadi satu masalah, dah tu kadang-kadang tak faham dengan yang masuk universiti tapi tak reti nak civilised sama-sama bersihkan tandas semua ni.
“Dah memang untuk kegunaan sendiri tu, bagilah wangi-wangi bersihkan selesa nak pakai, ni dah kalah tandas awam tau,” kata pelajar tersebut.
@jumlepakmamak CUBA TEKA KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MANA (MALAYSIA)? Jawapan: UM_🥴 Memang tak dapat brain, semata-mata kitorang ni student, maksudnya boleh lah nak abaikan well-being, quality of everyday life kitorang? Air dah satu jadi masalah, dah tu kadang-kadang tak faham dengan yang masuk uni tapi tak reti nak civilised sama-sama bersihkan tandas semua ni, dah memang untuk kegunaan sendiri tu, bagilah wangi wangi bersih kan selesa nak pakai, ni dah kalah tandas awam tau. Tapi before y’all come at me, I dengan kawan I sorang lagi dah pernah try nak bersihkan, pakai cleaning agents yang mahal2, clorox sekalipun, dan BERUS BESI TAU, berus besi!!! bukan berus plastic!!! PUN MEMANG DAH X BOLEH NAK TANGGALKAN DAKI DAKI KOTORAN TANDAS TU GELI TAU I, NAK MANDI PN GELI, I MEMANG SELALU TAHAN KENCING TANDAS BERAK, TNGGU KELUAR KE FAKULTI/LECTURE HALL BARU BUANG GELI BODOH TAK FAHAM LAH, TAK TAHU KENAPA ORANG SNEDIRI TAK RETI NAK JAGA ORANG SENDIRI…duit bayar yuran kolej tu pun tak tahu pergi buat apa…bill air pun confirm dah kurang kan sebab masalah air pun memang seringkali…yg bodohnya yuran tu nak berapa ratus, one of the most comfortable kolej kediaman universiti i pernah nampak is UNIMAS, kenapa i nak sebut unimas sebab yuran dorang pn jauh lebih murah berbanding yuran kolej i yang tandas dia kawan bilik dia dah memang mcm tempat tinggl babi🥴😀 ok go viral please, uni i memang tak reti nak gerak apa2 kerja selgi tak viral, skrng drg tengah cat luar bangunan kononnya, ingat boleh cover up benda2 dkt dlm yg mcm ni ke? MEMANG TAK SO IM HERE TO EXPOSE!!!!! KORANG TEKA TAUUUU UNI MANAAA
♬ cari makan ehhh cari makan – »»→→≈≈ANGAH≈≈←←««
Pelajar Dah Cuba Bersihkan Tandas, Tapi ‘Kerak’ Masih Tak Hilang
Tambah pelajar tersebut, dia bersama rakan-rakannya pernah cuba membersihkan segala kekotoran yang melekat pada mangkuk tandas tetapi tidak berjaya.
Oleh disebabkan berasa geli dengan tandas yang ‘berkerak’, ada juga di antara mereka yang sanggup menahan diri daripada membuang air besar dan kecil.
“Saya nak mandi pun geli. Saya memang selalu tahan kencing tahan berak. Tunggu keluar ke fakulti dan dewan kuliah baru buang. Geli b*doh tak fahamlah,” ujar individu berkenaan.

Jika anda lihat sendiri video yang dikongsi, kekotoran tersebut bukan sahaja melibatkan mangkuk tandas, malah dinding di sekitarnya juga penuh dengan lumut dan berdaki.
Peralatan mandian para pelajar juga dilihat bersepah di atas singki tandas.
Dia bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama universiti dalam hantaran tersebut.
@jumlepakmamak Replying to @Notyourtypicalgirl_ ♬ original sound – 💫✨Faizz Motor pahang✨💫
Orang Ramai Geli Tengok Tandas Kotor & Tak Terurus
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berasa geli dan jijik dengan tandas yang kotor itu.
“Bukan setakat nak buang air je tak selera, lalu depan toilet ni pun tak sanggup,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga tidak faham bagaimana pelajar di sana boleh tahan dengan keadaan tandas sebegitu rupa.
“Even kediaman perempuan pun macam ni. First intake tak bersihkan. Aku tak tahu macam mana dia orang boleh tahan. Aku second intake masuk terus aku bersihkan sendiri. Geli, dinding berlumut,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada pelajar yang berkata mereka telah tahan diri daripada membuang kerana mahu mengelakkan diri daripada menggunakan tandas yang kotor.
“Aku hari-hari hadap ni sampai aku sembelit teruk,” jelas seorang individu.


















Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram