Sungai Seine Pertama Kali Jadi Lokasi Acara Renang Sukan Olimpik Sejak 124 Tahun, Orang Ramai Luah Rasa Loya Tekak
Sejumlah RM6.8 bilion telah dibelanjakan untuk membersihkan Sungai Seine sebelum bermulanya acara renang di Sukan Olimpik Paris 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, Sukan Olimpik 2024 di Paris pada tahun ini menampilkan satu kelainan bagi acara sukan renang peringkat marathon dan triatlon di mana mereka menggunakan Sungai Seine sebagai lokasi pertandingan.
Pemilihan lokasi berenang untuk para atlet itu telah meraih pelbagai reaksi dari orang ramai yang berasa kurang senang dengan tahap kebersihan di sungai berkenaan.
Malah sebelum acara sukan berprestij itu berlangsung, masyarakat tempatan di sana turut melakukan protes dengan membuang air besar beramai-ramai di Sungai Seine sambil melakukan kempen di media sosial dengan #JeChieDansLaSeine yang bermaksud ‘SayaBerakDiSeine’.
Atlet Olimpik Pertama Kali Berenang Di Sungai Seine Dalam Tempoh 124 Tahun
Memetik Yahoo! Sports, Sungai Seine di Paris, Perancis itu buat pertama kalinya menjadi lokasi acara renang untuk Sukan Olimpik 2024 selepas 124 tahun.
Namun untuk merealisasikannya tidak mudah apabila negara tuan rumah terpaksa menghabiskan masa selama enam tahun dan memakan belanja sebanyak RM6.8 bilion bagi kos merawat air dan lain-lain.
Pihak penganjur juga telah melakukan proses pembersihan sungai berkenaan selepas isu kebersihan lokasi itu menjadi perhatian orang ramai terutamanya dari segi kesihatan.

Ketika dua acara triathlon berlangsung, salah seorang peserta dari Amerika Syarikat iaitu Taylor Spivey berkongsi pengalamannya ketika berada di dalam Sungai Seine.
Antara perkara yang menjadi perhatiannya ketika beraksi di lokasi tersebut adalah arus air dan tahap kebersihannya selepas dia dipercayai tertelan air semasa berenang.
Memang tak masuk akal betul arus air dalam sungai tu. Saya cuma harap saya tak sakit sebab saya ada tertelan air waktu apungan pertama.
Atlet renang Amerika Syarikat, Taylor Spivey.
Orang Ramai Luah Rasa Geli Lihat Atlet Berenang Di Sungai Seine
Seorang pengguna TikTok juga sempat menonton acara renang pertama yang dilakukan di Sungai Seine itu dan orang ramai berasa loya melihatnya selepas mengimbau kembali peristiwa di mana masyarakat tempatan di sana sengaja membuang air besar di lokasi terbabit.
Perkongsian video berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi kurang senang dan rata-rata netizen mengambil berat dengan tahap kesihatan para atlet selepas berenang di sana.
Malah, mereka berpendapat bahawa kesemua atlet yang terlibat itu diberikan medal kerana berjaya berenang di dalam sungai yang penuh kontroversi tersebut.
Sesetengah masyarakat juga seolah-olah tidak percaya dengan pihak penganjur yang benar-benar melakukan acara renang itu di kawasan tersebut.
Selain itu ada yang mempersoalkan sama ada para atlet boleh menyaman penganjur sekiranya mereka mendapat penyakit selepas berenang di Sungai Seine.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



