Now Reading
Gara-gara Keluar Berjalan Ke Eiffel Tower, Atlet Renang Brazil Di Sukan Olimpik 2024 Dihantar Pulang

Gara-gara Keluar Berjalan Ke Eiffel Tower, Atlet Renang Brazil Di Sukan Olimpik 2024 Dihantar Pulang

Ana yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah menyelinap keluar dari perkampungan Olimpik tersebut dan berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan Olimpik Paris 2024 kini menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia selepas pasukan atlet mereka sedang sibuk berjuang untuk merebut pingat bagi mengharumkan nama negara.

Sudah pastinya persediaan rapi termasuk rehat yang mencukupi perlu diberi perhatian untuk membolehkan para atlet bersedia sebelum bertanding.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh dua orang atlet dari negara Brazil ketika acara sukan berprestij ini sedang berlangsung.


Atlet Brazil Keluar Dating Di Paris Senyap-senyap

Menerusi laporan Mirror UK, seorang atlet renang dari Brazil iaitu Ana Carolina Vieira telah dihantar pulang ke selepas dipercayai keluar dating secara bersembunyi bersama teman lelakinya, Gabriel Santos yang juga dari pasukan sama.

Ana yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah menyelinap keluar dari perkampungan Olimpik tersebut dan berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower.

Tindakan dua orang perenang itu yang tidak diketahui oleh ahli pasukan lain akhirnya ‘terkantoi’ selepas wanita berkenaan memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya (@_anavieeiraa).


Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Kurang Senang Selepas Lihat Tindakan Atlet Brazil Ini

Rata-rata masyarakat memberikan reaksi negatif terhadap tindakan yang dilakukan oleh atlet perenang dari Brazil itu.

Mereka beranggapan bahawa dia seharusnya fokus dalam pertandingan tersebut bagi merebut medal dan bukannya berjalan-jalan pada waktu yang tidak sepatutnya.

“Macam mana mereka boleh keluar pada waktu malam ketika Olimpik? Tak percaya betul,” ujar seorang pengguna Instagram.

Orang ramai turut mengecam perbuatannya yang tidak menghormati pihak atasan selepas diberikan hukuman atas tindakan yang dilakukan olehnya dengan berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower bersama kekasih.

“Dia dapat medal kerana tidak berdisiplin, kurang ajar dan tidak menunjukkan sikap hormat. Nanti mesti dia tiba-tiba akan muncul dalam rancangan realiti televisyen,” kata seorang pengguna media sosial.

Sumber: Instagram

Ana Bantah Hukuman Yang Diberikan Sebelum Dihantar Pulang

Selepas perbuatan itu terbongkar, Brazil Olympic Committee (BOC) mengambil keputusan untuk memberi hukuman kepada dua orang perenang terbabit kerana keluar dari perkampungan tersebut tanpa mendapatkan sebarang kebenaran pada Jumaat lalu (26 Julai).

Namun, Ana tidak bersetuju dengan hukuman yang diberikan lalu mempamerkan sikap agresif dan tidak menghormati pihak terlibat.

Sumber: Instagram @_anavieeiraa

Susulan itu, Ana telah disingkirkan dari delegasi pasukan renang Brazil kerana diberikan tindakan disiplin manakala Gabriel pula hanya diberikan amaran.

Sebagai info, Ana Carolina merupakan perenang wanita yang terlibat dalam aksi 4×100 meter gaya bebas.

Pasukan Brazil tidak berjaya mendapat sebarang pingat ketika acara renang yang dipertandingkan pada Sabtu dan Ahad lalu berbanding tiga pingat yang berjaya diperoleh dalam acara sama semasa Sukan Olimpik Tokyo yang lalu.


Ketua Pasukan Renang Brazil Luah Rasa Kecewa

Sumber: Instagram @_anavieeiraa

Memetik laporan Reuters, ketua pasukan renang Brazil bagi Sukan Olimpik iaitu Gustavo Otsuka turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap dua orang atlet berkenaan.

Kita di sini bekerja demi Brazil, untuk 200 juta pembayar cukai yang bekerja untuk kita. Kita tidak boleh bermain-main di sini. Kita di sini bukan untuk main-main atau bercuti.

Ketua pasukan renang Brazil bagi Sukan Olimpik, Gustavo Otsuka.

Keputusan untuk melaporkan tentang perkara tersebut kepada pihak BOC dibuat selepas melakukan perbincangan antara ahli pasukan yang lain.

Hasil semakan kami, para atlet dibenarkan untuk keluar masuk dari perkampungan atlet tetapi perlu melalui pemeriksaan sekuriti terlebih dahulu dan ia secara jelas menunjukkan bahawa aksi sebaliknya dilakukan oleh atlet renang dari Brazil itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd