Bapa Warga S’pore Rela Jadi ‘Bodyguard’ Keluarga Diraja Selangor Demi Teman Anak Ke Konsert K-pop Didenda RM17,000
Lelaki warga Singapura itu yang juga seorang bapa sanggup melakukan penyamaran bagi membolehkan dia memantau keselamatan anaknya di sebuah konsert K-pop.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka terutamanya dari segi keselamatan diri memandangkan pelbagai kes jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Pelbagai cara yang akan dilakukan bagi menjamin keselamatan mereka termasuklah dengan tidak membenarkan mereka ke mana-mana secara berseorangan.
Keprihatinan ini juga cuba dilakukan oleh seorang bapa di Singapura, namun perbuatannya itu dipercayai sudah melampaui batas sehingga menerima akibatnya.
Bapa Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja Selangor
Menerusi laporan CNA, seorang bapa berusia 49 tahun telah melakukan satu rancangan untuk anaknya yang mahu menghadiri ke sebuah konsert artis kumpulan Korea Selatan di Singapore Indoor Stadium.
Oleh kerana bimbang dengan keselamatan anak perempuannya dan mahu membolehkan dia memotong barisan, si ayah meminta anaknya untuk berpura-pura menjadi puteri daripada keluarga diraja Selangor manakala ayahnya pula menyamar sebagai pengawal peribadi yang mengiringi ke konsert.
Perbuatan mereka itu akhirnya terbongkar selepas pihak penganjur menyedari bahawa mereka bukanlah dari keluarga diraja Selangor seperti yang diperkatakan.

Bapa Didenda RM17,000 Oleh Pihak Mahkamah Di Singapura
Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan anak perempuannya kerana perbuatan menyamar.
Selain itu, pihak mahkamah juga sedang mempertimbangkan pertuduhan kedua yang mendakwa mereka menceroboh dengan sengaja.
Lelaki berkenaan kemudiannya didenda sebanyak RM17,000 oleh pihak mahkamah pada Isnin lalu (29 Julai).
Si bapa meminta agar dendanya dikurangkan kerana memberitahu tujuan tindakannya itu hanya untuk menjaga keselamatan anaknya berusia 17 tahun dan benar-benar menyesali atas perbuatan yang dilakukan.
Bagaimana Kes Penyamaran Ini Berlaku
Kes ini bermula beberapa hari sebelum berlangsungnya persembahan konsert K-pop ‘Enhypen World Tour’ pada Januari lalu selepas anaknya sudah membeli dua keping tiket untuk pergi bersama seorang rakannya.
Pada 20 Januari, lelaki berkenaan telah menghubungi penganjur iaitu Anschutz Entertainment Group (AEG) untuk kononnya memaklumkan bahawa puteri dari keluarga diraja Selangor akan menghadiri konsert anjuran mereka pada 20 dan 21 Januari.

Oleh kerana ‘puteri’ tersebut sudah mempunyai tiket, si bapa meminta pas untuk membolehkan dirinya yang berpura-pura sebagai pengawal peribadi memasuki konsert tersebut bagi tujuan menjaga keselamatan ‘puteri’.
Pihak penganjur kemudiannya meminta mereka untuk hadir ke konsert lebih awal bagi menguruskan perkara tersebut.
Walaua bagaimanapun, seorang pengurus acara di Singapore Sports Hub mula berasa curiga terhadap si bapa dan memberitahu pasukan keselamatan serta pihak Singapore Indoor Stadium.
Mereka kemudian mengesahkan bahawa anak perempuannya kepada lelaki itu bukanlah puteri Selangor seperti yang dikatakan dan menyebabkan penganjur acara membuat laporan polis.
Baca Artikel Berkaitan: Rizalman Dedah Scammer Cuba Menyamar Sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’
Baca Artikel Berkaitan: Individu Menyamar Pakai Baju Askar, Dipercayai Ingin Perhatian & Makanan Percuma
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.