[Video] Rakyat Malaysia Berkumpul Tonton Perlawanan Badminton Sukan Olimpik 2024 Wakili Malaysia
Sekumpulan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dilihat berdiri di hadapan sebuah restoran untuk menyaksikan perlawanan badminton wakil Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun wujud pelbagai fitnah yang cuba untuk memecah belahkan rakyat Malaysia, namun sikap bersatu padu masyarakat di negara masih kukuh.
Sebagai contoh, orang ramai akan saling memberi sokongan kepada satu sama lain lebih-lebih lagi apabila melibatkan perlawanan sukan yang mewakili Malaysia.
Situasi ini juga boleh dilihat memandangkan ramai atlet Malaysia yang kini sedang berjuang di Paris untuk merebut pingat di Sukan Olimpik 2024.
Orang Ramai Berdiri Tonton Perlawanan Badminton Pasukan Malaysia
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@xliffiskandar), sekumpulan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dilihat berdiri di hadapan sebuah restoran di Genting Highlands.
Mereka ramai-ramai berdiri di hadapan restoran berkenaan kerana mahu menonton televisyen yang menayangkan perlawanan secara langsung badminton melibatkan pasukan Malaysia di Sukan Olimpik 2024.
Malah, beberapa pelanggan di dalam restoran berkenaan turut sama-sama berdiri untuk menonton perlawanan tersebut di televisyen.
Situasi tersebut membuatkan pemilik video berasa tersentuh hati selepas melihat perpaduan rakyat Malaysia yang sama-sama memberi sokongan untuk atlet yang mewakili negara.
Mereka juga dilihat memberi sorakan gembira apabila atlet beregu badminton itu berjaya memperolehi skor kemenangan.
“Jangan pertikaikan bangsa dan agamamu sahabat bila kita dah duduk di bawah satu bumbung,” kata pemilik video.
Dalam pada masa yang sama, individu ini turut berharap atlet Malaysia diberikan kejayaan dan berpeluang meraih pingat emas di sana.
Video berkenaan telah mendapat 107,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Masyarakat Tersentuh Lihat Perpaduan Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa terharu melihat bagaimana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa bersatu padu demi memberi sokongan kepada atlet negara.
Kebetulan pula lokasi tempat mereka berkumpul itu mempunyai papan tanda bertulis ‘Truly Malaysian’.
“Inilah Malaysia. Rakyatnya tak suka gaduh-gaduh,” kata pengguna media sosial.
Malah, ada yang menganggap latar belakang lagu nyanyian Faizal Tahir bertajuk ‘Malaysia’ dalam video berkenaan menjadikan aura perpaduan itu semakin membuak-buak.

Cara Terbaik Untuk Menguatkan Lagi Ikatan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, penting untuk kita sama-sama mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.
Antara perkara-perkara yang boleh rakyat Malaysia amalkan adalah:
- Kerap berkunjung ke rumah jiran berlainan bangsa sempena menyambut perayaan.
- Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam penduduk perumahan seperti aktiviti gotong-royong.
- Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
- Meraikan sambutan setiap kaum di Malaysia.
- Menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan individu dari kaum berbeza.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Berbilang Kaum Pasang 400 Lampu Hiasan Raya Aidilfitri Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.