Now Reading
[Video] Peniaga Kosmetik Tak Sangka Diceraikan Semasa Live Di TikTok

[Video] Peniaga Kosmetik Tak Sangka Diceraikan Semasa Live Di TikTok

Menurut Hazwani, dia telah diceraikan ketika sedang bersiaran langsung dengan 3,000 penonton namun reda dengan perkara tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak dinafikan media sosial kini telah digunakan secara meluas, malah ia bukan sekadar platform untuk mencari kenalan sahaja.

Sebaliknya orang ramai turut menggunakannya untuk mencari rezeki seperti melakukan perniagaan, pemasaran dan sebagainya.

Malah kebanyakan aplikasi juga telah menambah baik ciri mereka, sekali gus membolehkan peniaga melakukan jualan dan bercerita mengenai produk mereka secara langsung dengan pelanggan.

Wanita tak sangka suami ceraikannya ketika sedang live di TikTok

Walau bagaimanapun, seorang usahawan kosmetik wanita tidak menyangka apabila penampilanya secara langsung di sebuah platform bertukar menjadi episod duka dalam hidup apabila diceraikan oleh si suami ketika sedang Live.

Menerusi video yang tular di TikTok, awalnya kelihatan wanita yang dikenali sebagai Nur Hazwani Mustapha, 37, sedang bertengkar dengan suaminya sambil disaksikan pengguna platform terbabit.

Pertengkaran itu bagaimanapun berakhir dengan si lelaki melafazkan talak satu.

Sebaik menceraikannya, si suami bertanya bagaimana dengan barang serta harta sepencarian mereka kerana ia perlu dibahagikan. Hazwani kemudian meminta lelaki itu untuk memfailkannya di mahkamah dan mengambil peguam untuk kes tersebut.

@arshaff.ars

Tan hassan cerai wanie.waniey mustapha semoga tabah dan bangkit.ore jate klau nok ko tino lain pah duk buruk bini tuo jate tuh meme xleh pakai mno.kore gih la support kak waniey nego nuh #tanhassanceraiwanie #tanhassanceraiwanieymustaphadalamlive #tanhassan #cerai

♬ original sound – jhandut cah blora – jhandut cah blora

Berlaku provokasi sebelum diceraikan, wanita dedah suami kahwin lain di Thailand

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu telah diceraikan oleh suaminya yang berusia 40-an sewaktu bersiaran langsung di rumah di Pasir Tumboh, Kota Baharu pada Rabu (23 Julai) yang lalu.

“Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.

“Suami kahwin dengan wanita (lain) itu lebih tiga bulan lalu atau April lalu disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya. Pada mulanya, saya mahu menerima ‘madu’, namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.

“Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Hazwani telah berkahwin dengan suaminya selama 10 tahun dan hasil perkahwinan itu mereka memiliki dua cahaya mata yang berusia empat dan tujuh tahun.

Sanggup berhenti kerja demi bersama suami dan hidup susah

Ujar ibu kepada dua anak itu lagi kerana ingin bersama suami serta menjaga keluarga dia juga sebelum ini sanggup berhenti kerja sebagai penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah menyifatkan dia sanggup hidup dalam keadaan susah bersama suami sehingga kehidupan mereka berubah ke arah yang lebih baik dan tak sangka ini balasan yang diterimanya.

“Walaupun diceraikan ketika sedang bersiaran langsung dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, namun saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak.”

Luah lega diceraikan suami dan mahu fokus perniagaan di atas talian

Hazwani turut meluahkan dia berasa lega kerana suami menceraikannya kerana mahu fokus pada perniagaan kosmetik yang dijalankan atas talian.

Selain itu, dia juga mengatakan penceraian berkenaan memberi hikmah kerana pelanggan kini semakin ramai serta dia mula dikenali berbanding sebelum ini.

“Biar apa orang nak kata, tetapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengalami apa yang saya hadapi. Saya harap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” jelasnya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd