Now Reading
“Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar

“Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar

Nama perisa baru aiskrim Inside Scoop ini adalah Pei Pa Koa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia dengan makanan ‘pelik’ dan unik memang berpisah tiada. Bukan sahaja melibatkan makanan berat dan minuman, malah manisan seperti aiskrim juga tidak terkecuali.

Seperti sebelum ini, jenama makanan dalam penerbangan Santan telah melancarkan satu perisa aiskrim yang diubah suai dengan makanan ikonik kegemaran warga tempatan iaitu Nasi Lemak.

Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2020 lalu. Ada yang berkata sambal diletakkan di atas aiskrim tersebut tidak begitu pedas manakala aiskrim berkenaan berperisa santan.

Baca Artikel Berkaitan: We Tried Santan’s Nasi Lemak Ice Cream So You Don’t Have To


Inside Scoop Lancar Aiskrim Perisa Ubat Pei Pa Koa

Perisa unik aiskrim tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, Inside Scoop telah memperkenalkan perisa aiskrim yang terbaru dikenali sebagai Pei Pa Koa.

Apa yang menariknya manisan ini, aiskrim tersebut adalah gabungan rasa vanila dan juga Ubat Cap Ibu Dan Anak yang legend di Malaysia atau nama sebenarnya Nin Jiom Pei Pa Koa.

Difahamkan, rasa penuh berkrim dari vanila itu akan diseimbangkan dengan sentuhan rasa dari ubat batuk berkenaan.

Walaupun Inside Scoop selalu mengeluarkan aiskrim dengan perisa yang unik, tetapi siapa sangka ubat batuk pilihan ramai rakyat Malaysia juga digunakan sebagai menu baru mereka.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Perisa Baru, Pei Pa Koa

Menu baru Inside Scoop ini telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik oleh pengguna X (Twitter @AzlilAdzif).

Menjengah ke ruangan balas ciapan, ada individu yang berseloroh dengan berkata mereka akan mengalami rasa mabuk akibat makan aiskrim tersebut.

“Nak balik drive mabuk dan mengantuk bukan sebab arak tapi sebab aiskrim,” kata seorang lelaki.

Namun usah risau, pengendali akaun X Inside Scoop berkata ia hanyalah perisa semata-mata dan aiskrim itu tidak akan memabukkan anda.

Malah, ada yang berkata perisa baru itu sesuai buat mereka yang ingin melegakan sakit tekak dan juga tonsil.

Ramai juga dilihat berminat dan tidak sabar untuk mencuba sendiri perisa baru tersebut.

Kalau tinjau sendiri ruangan balas berkenaan, anda boleh lihat segelintir individu mengaitkan aiskrim Pei Pa Koa dengan penyanyi popular antarabangsa iaitu Zayn Malik.

“Zayn Malik sukalah aiskrim ni,” ujar seorang individu.

Sumber: X

Zayn Malik Ambil Ubat Cap Ibu Dan Anak Untuk Jaga Kualiti Suara

Terdahulu, Zayn Malik mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dia berkongsi beberapa produk yang digunakan untuk menjaga kualiti suaranya.

Salah satu produk tersebut adalah ubat batuk Nin Jiom Pei Pa Koa. Walau bagaimanapun, penyanyi berkenaan tidak menyebut ubat itu sebagai Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak.

Sebaliknya dia menganggap produk itu seolah-olah seperti madu dari China. Bagi Zayn, ubat tersebut adalah larutan yang sangat istimewa dan akan membawanya ke mana-mana sahaja dia pergi.

Sumber: X (@iamjoelee)

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Zayn Malik Gelar Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Sebagai ‘Madu Dari China’

Baca Artikel Berkaitan: Matcha Eight Di LaLaport Bukit Bintang Tawar 8 Jenis Perisa Aiskrim Premium Dari Kyoto, Jepun!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd