[Video] Persembahan Bunga Api Wakili Malaysia Di Kanada Raih Perhatian Masyarakat Dunia
Pasukan Pyro Tact telah mewakili Malaysia dalam pertandingan bunga api berprestij iaitu Honda Celebration of Light di Vancouver, Kanada.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Persembahan bunga api di Malaysia adalah antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai setiap kali mempunyai sambutan seperti Tahun Baru dan Ambang Kemerdekaan.
Bukan itu sahaja, perayaan pelbagai kaum termasuklah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga akan dimeriahkan dengan bunga api yang dipancarkan pada langit.
Baca Artikel Berkaitan: CNY Dah Hari Ke-6, Tapi Kenapa Meriah Dengar Bunga Api Malam Tadi? Ini Penjelasannya
Kadangkala, ia juga boleh dilihat dan didengar dari jauh kerana pancaran yang terang serta kuat.
Percikan Bunga Api Dari Pasukan Malaysia Di Kanada Jadi Perhatian
Baru-baru ini, sebuah pasukan piroteknik dari Malaysia yang dikenali sebagai Pyro Tact telah menyertai sebuah acara di Vancouver, Kanada iaitu Honda Celebration of Light yang berlangsung pada 20, 24 dan 27 Julai 2024.
Acara tersebut memperlihatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Portugal dan United Kingdom (UK) yang bertanding dalam membuat persembahan bunga api di ruang udara sambil disaksikan oleh orang ramai.
Menurut Daily Hive, Malaysia yang beraksi pada malam kedua acara tersebut (24 Julai) merupakan negara Asia Tenggara pertama yang terlibat dalam pertandingan berkenaan.

Salah seorang pengarah bagi pasukan Malaysia iaitu King Sulen memberitahu kepada Daily Hive bahawa tema yang dipersembahkan oleh mereka adalah berkonsepkan ‘Majestik in the Dark’ dengan menggunakan lagu jenis pop, rock, balada, klasik serta muzik tariak elektronik (EDM).
Antara lagu yang dimainkan ketika persembahan bunga api dari pasukan Pyro Tact itu adalah ‘Welcome to Black Parade’ nyanyian My Chemical Romance.
Lagu dari drama bersiri popular Money Heist iaitu ‘Bella Ciao’ juga dimainkan dengan olahan remix Hardwell & Maddix serta tidak ketinggalan juga lagu Celine Dion bertajuk ‘All By Myself’.

Para Penonton Terpukau Lihat Persembahan Bunga Api Dari Pasukan Malaysia
Para pengunjung yang melihat seni bunga api dari pasukan Malaysia itu meluahkan rasa teruja selepas melihat keindahan persembahan yang dilakukan.
Mereka juga sempat merakam percikan bunga api berkenaan dan menganggap ia sebagai satu persembahan yang cukup mengagumkan dan akan diingati selama-lamanya.
Persembahan bunga api itu kemudiannya diakhiri dengan sorakan kuat dari para pengunjung seluruh dunia yang menyaksikan acara berkenaan secara langsung di Vancouver.
@thismaplelife The Honda Celebration of Light was amazing last Wednesday. Excuse the off-centre video, I was in awe watching the display. ☺️ #fy #fireworks #vancouver
♬ Firework – Katy Perry
@shivsstudioo im still in AWE with the finale of #Malaysia #fireworks #hondafestivaloflight #vancouver
♬ viva la vida – мσisєs
Latar Belakang Tentang Pasukan Pyro Tact Dari Malaysia
Menurut sumber Honda Celebration of Light, pasukan Pyro Tact dari Malaysia merupakan sekumpulan anak muda yang pernah bekerja secara sambilan sebelum memulakan perjalanan mereka dalam dunia seni piroteknik.
Dari semasa ke semasa, kemahiran mereka yang bermula dari rasa ingin tahun itu telah menarik perhatian sebelum diberi peluang untuk mewakili negara dalam pertandingan bunga api berprestij ini.
Sebagai info, pasukan Pyro Tact ini terdiri daripada beberapa individu dikenali sebagai Sulen, Jeffry, Syukri dan Faishal.
Sejarah Tentang Honda Celebration of Light

Untuk pengetahuan anda, Honda Celebration of Light telah mula dilaksanakan sejak tahun 1990 dengan nama asalnya ‘Symphony of Fire’.
Diiktiraf sebagai pesta bunga api luar pesisir yang paling lama berlangsung di dunia, berpuluh-puluh negara telah menyertai pertandingan untuk bersaing pada setiap tahun dalam pertunjukan bunga api yang menakjubkan.
Acara ini juga telah menyambut ulang tahun ke- 30 pada 2022 yang lalu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.