Now Reading
[Video] Kucing Tersepit Antara Autogate, Wanita Nasihat Orang Ramai Elak Perkara Sama Terjadi

[Video] Kucing Tersepit Antara Autogate, Wanita Nasihat Orang Ramai Elak Perkara Sama Terjadi

Seekor kucing yang berada di dalam rumah secara tiba-tiba mahu menyelinap keluar tetapi telah tersepit di antara dua pagar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi seseorang yang membela binatang seperti kucing, arnab, anjing dan sebagainya, mereka akan sentiasa berwaspada dengan apa jua perkara untuk menjaga kebajikan haiwan tersebut.

Penjagaan keselamatan dan kesihatan mempunyai sedikit perbezaan bergantung kepada spesies dan sikap mereka.

Kalau bela kucing ‘Oyen’, memang lagi kena banyak bersabar kerana kucing berkenaan sememangnya dikenali sebagai haiwan yang banyak kerenah pelik.

Baca Artikel Berkaitan: Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara

Baca Artikel Berkaitan: Oyen Hilang Dari Hotel Kucing Ditemui Semula Setelah Lebih Sebulan


Kucing Tersepit Di Pagar Automatik Rumah Sempat Diselamatkan Oleh Pemiliknya

Berbicara tentang kerenah kucing, baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok (@atiqa.aripin) yang menunjukkan situasi mencemaskan berlaku kepada haiwan peliharaannya.

Kejadian itu berlaku ketika wanita berkenaan sedang mengeluarkan kereta sambil pintu pagar rumahnya jenis automatik sedang ditutup.

Namun ketika pagar berkenaan hampir tertutup sepenuhnya, seekor kucing yang berada di dalam rumah secara tiba-tiba mahu menyelinap keluar tetapi telah tersepit di antara dua pagar.

Keadaan itu mengakibatkan kucing tersebut turut cemas sehingga menggelupur kerana mahu menyelamatkan diri.

Sumber: TikTok @atiqa.aripin

Peka dengan situasi yang berlaku, wanita itu sempat membuka semula pintu pagar tersebut sebelum kucing berkenaan kemudiaannya berlari menyelamatkan diri.

Susulan kejadian yang berlaku, wanita tersebut meluahkan rasa sebersalah terhadap kucingnya yang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seminggu aku murung sebab rasa bersalah kucing tersangkat kat autogate rumah. Nasiblah aku terlintas nak tengok gate semula, selalunya aku keluar kereta terus jalan.

Pemilik video.

Sebagai pengajaran, wanita itu turut menasihati orang ramai agar menjadikan video perkongsiannya sebagai pengajaran agar peka dengan keadaan sekeliling sebelum keluar dari kawasan rumah.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 414,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@atiqa.aripin/video/7396273975225011463

Orang Ramai Pernah Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berkongsi kisah sama apabila pernah melihat situasi hampir serupa berlaku kepada kucing mereka sehingga ada yang mengalami masalah kesihatan.

Seorang pengguna media sosial menceritakan dia hanya menyedari kucingnya sudah tersepit di pagar rumah selepas pulang dari surau ketika solat fardu Maghrib.

“Pernah jadi kat kucing kitaorang juga masa nak pergi surau waktu Maghrib. Balik surau lepas maghrib dari jauh dah nampak dia tersepit kat leher. Terus cepat-cepat buka autogate. Lembik terbaring lemah,” katanya.

Seorang lagi pengguna TikTok berkata si bulus peliharaannya pula hampir mati selepas dikatakan mengalami kecederaan dalaman selepas tersangkut di pagar automatik.

Keadaan seperti ini turut menjadi punca sesetengah individu enggan memasang pagar rumah jenis automatik.

“Salah satu sebab tak mahu pasang autogate. Tapi kucing saya pagar manual pun boleh tersepit,” ujarnya.

Situasi yang berlaku seperti tular di dalam video berkenaan juga menyebabkan masyarakat mempersoalkan sikap sesetengah kucing yang cuab untuk menyelinap keluar semasa pagar hampir tertutup.

“Geram kat kucing juga. Dari tadi pintu terbukak kau tak nak lalu kenapa,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Macam-macam ya perangai kucing ni.

Jadi kepada anda yang memasang pagar rumah jenis automatik, pastikan semak dulu keadaan rumah sebelum meneruskan perjalanan untuk keluar.

Biar lambat, asal selamat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd