Now Reading
Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian

Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian

Kebakaran tersebut berlaku di Kampung Skudai Kiri, Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum kebakaran merupakan satu bencana yang amat mengerikan. Ia bukan sahaja boleh merosakkan harta benda malah boleh membahayakan keselamatan nyawa.

Kadangkala, kebakaran ini tidak boleh dikawal disebabkan cuaca panas semula jadi di sesetengah kawasan, tetapi dalam sesetengah kes ia boleh berlaku akibat kecuaian individu sendiri.

Namun perkara penting yang perlu dilakukan semasa kebakaran terjadi adalah menyelamatkan diri masing-masing dan juga barangan berharga.

Baca Artikel Berkaitan: 12 Kawasan Seluruh Negara Rekod Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga


Rumah Di Kampung Skudai Kiri Terbakar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@thatthoyy) menyaksikan detik cemas yang berlaku di sebuah kawasan perumahan sekitar Kampung Skudai Kiri, Johor Bahru.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan asap tebal dan api marak yang besar dipercayai daripada beberapa buah rumah di situ. Menurut salah seorang ahli keluarga kepada pemilik rumah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Alhamdulillah family saya semua selamat tiada terkorban cuma rumah sahaja hancur lebur,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Dan.

Tambah Dan, mereka sekeluarga telah menerima pakaian yang baru dan juga tempat berteduh buat sementara waktu.


Penduduk Bekerjasama Angkat SUV Daripada Terkena Api Marak

Perkara yang mencuri perhatian adalah para penduduk dilihat bekerjasama bagi mengalihkan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV).

Difahamkan, pemilik SUV tidak berada di tempat kejadian semasa kebakaran berlaku. Berasa bimbang api marak yang semakin menghampiri tempat meletakkan kenderaan, orang ramai telah berusaha dengan gigih untuk mengangkat kereta itu.

Bagaimanapun, seorang individu yang dipercayai saksi insiden berkata kereta tersebut tidak berjaya dialihkan.

Sumber: TikTok (@thatthoyy)

“Tak berjaya sampai hari ini towing nak angkut pun tak boleh sebab kereta dah lock habis tak dapat gerak,” kata saksi berkenaan.

Walaupun usaha tersebut tidak membawa hasil, tetapi sikap prihatin jiran setempat yang pantas mencari jalan penyelasaian layak dipuji.


Orang Ramai Puji Tindakan Jiran Cuba Alihkan Kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat dalam mengangkat SUV tersebut.

“Kereta baru pula tu. Alhamdulillah terima kasih semua manusia baik,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga tidak terlepas untuk menitipkan doa buat para penduduk yang menghulurkan bantuan.

“Setiap seorang yang angkat kereta tu, semoga diperluaskan rezeki mereka seluas langit,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, segelintir individu berharap agar mangsa kebakaran dipermudahkan segala urusan mereka.

“Ya Allah, musim-musim panas ni banyak kes kebakaran. Alhamdulillah awak sekeluarga selamat. Insya-Allah nanti ada rezeki lain Allah ganti,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@thatthoyy)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Kebakaran Flat Sri Johor Terima Bantuan RM1,000 & Rumah Baharu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd