Now Reading
“Macam Ambil Test JPJ” – Bonggol Banyak Sepanjang Kawasan Perumahan Jadi Tumpuan

“Macam Ambil Test JPJ” – Bonggol Banyak Sepanjang Kawasan Perumahan Jadi Tumpuan

Bonggol jalan yang banyak itu terletak di sebuah kawasan perumahan sekitar bandar Sungai Udang, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui jalan sekitar kawasan perumahan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan jalan raya besar atau lebuh raya.

Pun begitu, kemalangan di kawasan tersebut sering kali juga berlaku. Seperti sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda dengan laju ketika bermain skuter.

Akibat perlanggaran itu, mangsa terperosok ke bawah kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Antara insiatif yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mencegah perkara sama daripada berlaku adalah dengan meletakkan bonggol agar pengguna jalan raya akan memperlahankan kenderaan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter Dalam Taman Perumahan


Wanita Pelik Ada Banyak Bonggol Jalan Di Kawasan Perumahan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ellyschubbyss) menyaksikan satu situasi yang agak janggal di sebuah kawasan perumahan sekitar bandar Sungai Udang, Melaka.

Kebiasaannya, kita akan lihat jarak lebih kurang 100 meter antara satu bonggol jalan dengan bonggol yang lain. Namun lain pula kali ini apabila jarak di antara ‘bumper’ tersebut dilihat seperti tidak sampai 50 meter.

Sumber: TikTok (@ellyschubbyss)

Wanita dikenali sebagai Ellys berkata ia merupakan kali pertama dia melihat bonggol jalan sebanyak itu.

“Banyak bonggol la dekat Melaka ni. Bonggol apa pun tak tahu. Setiap rumah ada bonggol, kenapa? Ini kereta (Ellys) tinggi, kalau kereta rendah aku tak tahulah macam mana. Memang menyumpahlah tengok sampai ke sana (hujung jalan ada bonggol),” jelas Ellys.

Buat anda yang sedang bergegas ke sesuatu tempat, mungkin anda akan hilang sabar ketika melalui jalan tersebut.

Kepada mereka yang tidak tahu, Garis Panduan dan Kaedah Pelaksanaan Bonggol Jalan menetapkan jarak sesuai antara dua bonggol sedia ada adalah minimum 100 meter.

@ellyschubbyss Terpaling banyak bongol penah lalu #melaka #sungaiudang #sungaiudangmelaka ♬ original sound – Ellys Anis

Banyak Bonggol Jalan Untuk Jamin Keselamatan Murid Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkata laluan tersebut merupakan jalan alternatif pengguna jalan raya untuk ke kawasan lain sekitar Melaka.

Oleh disebabkan trafik sesak, bonggol jalan yang banyak diletakkan agar dapat mengawal kelajuan setiap kenderaan di sana. Ia sekaligus menjamin keselamatan para penduduk di kawasan tersebut, lebih-lebih lagi pelajar di sekolah berdekatan.

Untuk info, had laju yang ditetapkan di kawasan perumahan dan sekolah adalah 30km/j memandangkan kedua-dua lokasi tersebut sering digunakan oleh kanak-kanak.

Ia ditetapkan berdasarkan kajian yang membuktikan 30km/j sebagai had laju paling selamat. Jika pemandu membawa pada kelajuan 30km/j, kenderaan akan sempat menekan brek sekaligus menurunkan kelajuan kepada 25km/j ketika impak kemalangan.

Dengan kelajuan ini, golongan anak kecil mungkin mengalami kecederaan ringan sahaja.

Sumber: TikTok (@ellyschubbyss)

Baca Artikel Berkaitan: Babi Hutan Lintas Melulu Menyebabkan 2 Penunggang Motosikal Terjatuh [Video]


Orang Ramai Terhibur Lihat Bonggol Yang Begitu Banyak

Dalam pada itu, penduduk sekitar Sungai Udang juga berkata kebanyakan kenderaan yang melalui kawasan tersebut sememangnya laju dan boleh mengundang bahaya.

Bagi menjaga keselamatan bersama, orang ramai bersetuju bonggol banyak diletakkan di kawasan berkenaan.

“Kawasan perumahan memang elok buat bonggol jalan macam ni takut budak main di luar rumah terbaik,” kata seorang individu.

Pengguna media sosial juga tidak terlepas berseloroh dengan mengatakan situasi jalan berbonggol tersebut seolah-olah para pemandu sedang mengambil lesen kenderaan.

“Mungkin ambil test (memandu) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di sini,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ellyschubbyss)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd