Now Reading
“Sopan & Klasik” – Busana ‘The Malaya’ Untuk Majlis Perasmian Olimpik Paris 2024 Curi Perhatian

“Sopan & Klasik” – Busana ‘The Malaya’ Untuk Majlis Perasmian Olimpik Paris 2024 Curi Perhatian

Busana hasil pereka tempatan Rizman Ruzaini itu akan diperagakan oleh atlet Malaysia hari ini (26 Julai).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat peminat sukan, sudah pasti anda tertunggu-tunggu ketibaan Sukan Olimpik Paris 2024. Untuk info,  temasya edisi ke-33 ini akan membuka tirai secara rasminya hari ini (26 Julai) hingga 11 Ogos.

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mendapat kritikan ramai selepas corak pakaian kontijen Malaysia dikatakan kurang menyerlah. Namun set pakaian baru yang melambangkan semangat Harimau telah diterima baik oleh warganet.

Busana rasmi khas buat atlet negara semasa majlis perasmian temasya sukan itu juga tidak terlepas daripada meraih sambutan hangat orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Baju Sukan Olimpik 2024 Buat Kontinjen Malaysia Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Mula Reka ‘Design’ Baru

Baca Artikel Berkaitan: MOM Tukar Corak Baharu Pakaian Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024, Lebih Garang & Menyerlah!


Rizman Ruzaini Hasilkan Busana ‘The Malaya’ Buat Kontinjen Malaysia

Baru-baru ini, busana hasil rekaan pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini buat atlet Malaysia sempena majlis perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024 telah mendapat bualan pengguna media sosial.

Set baju dikenali sebagai ‘The Malaya’ itu akan diperagakan oleh atlet negara pada hari ini (26 Julai).

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui satu kenyataan di laman Instagram rasmi memaklumkan bahawa kontinjen wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala kontinjen lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga.

Tambah MOM, Rizman telah dijemput pada Januari lalu bagi menyertai Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur di mana pereka tempatan diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet negara pada majlis perasmian Sukan Olimpik berkenaan.

Busana hasil Rizman Ruzaini itu diinspirasikan oleh warisan Malaysia yang kaya di mana ia menampilkan keunikan songket.


Warna Busana Hijau Zaitun Lambang Harapan Untuk Atlet Negara Bawa Pulang Pingat Emas

Menurut salah seorang pereka iaitu Rizman Nordin, baju teluk belanga dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.

Bukan itu sahaja, koleksi busanan tersebut juga menunjukkan dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini terhadap pewira negara iaitu Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yantuan Amtah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mak Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

Sumber: Instagram (@olympicmas)

“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberikan satu aura klasik dan di bawah pantulan cahaya ia akan memancarkan efek keemasan, simbolik harapan untuk atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” katanya menerusi video dimuat naik oleh MOM.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata busana tersebut dipilih Majlis Sukan Negara (MSN) selain berasa gembira apabila reka bentuk pakaian yang mempunyai ciri-ciri elegan diterima baik.


Orang Ramai Puji Rekaan Baju Yang Elegan & Bergaya

Menjengah ke ruangan komen hantaran Facebook menteri tersebut, rata-rata individu memuji koleksi busana yang klasik itu.

“Akhirnya kita boleh berbangga dengan negara dan atlet kita. Cantik warna berkelas. Nampak mewah,” kata seorang wanita.

Malah ramai yang berkata warna olive yang memukau itu menjadi inspirasi untuk tema warna baju Raya Aidilfitri pada tahu depan.

“Ok dah ada dah tema (warna) untuk raya tahun depan ni. Anggun dan bergaya,” ujar seorang lelaki.

Pengguna Facebook juga tidak terlepas mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet negara dan berharap agar mereka dapat membawa kemenangan buat Malaysia.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Olimpik Paris 2024 Muat Naik ‘Voice Note’ Sebutan Nama, Orang Ramai Teruja Tahu Perkara Itu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd