Now Reading
“Budak Asrama Je Faham” – Pelajar Tuang Air Atas Seterika Untuk Buat Air Panas Raih Pelbagai Reaksi

“Budak Asrama Je Faham” – Pelajar Tuang Air Atas Seterika Untuk Buat Air Panas Raih Pelbagai Reaksi

Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, dia menggunakan seterika kerana cerek yang dibeli masih dalam proses penghantaran (shipping).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang pernah merasai pengalaman tinggal di asrama ataupun hostel universiti, sudah tentu anda bersetuju terdapat beberapa halangan iaitu kekurangan banyak perkakas penting.

Oleh disebabkan itu, nak buat sesuatu perkara pun susah. Sebagai contoh ada pelajar yang pernah memasak mi segera dalam kuantiti banyak di dalam baldi kerana tidak mempunyai periuk besar.

Walaupun ia kedengaran pelik, tetapi itulah yang dilakukan oleh segelintir pelajar asrama di luar sana.


Pelajar UIAM Tuang Air Pada Seterika Untuk Buat Air Panas

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@123abcdef.u) menyaksikan seorang pelajar universiti dipercayai daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakukan sesuatu yang tidak terfikir dek akal semasa berada di hostel kolej.

Menerusi video tersebut, pelajar lelaki itu dilihat menuangkan air daripada cawan plastik ke besi seterika panas. Air panas yang lalu pada seterika berkenaan pula dituang terus ke dalam mangkuk mi segera.

Difahamkan, pelajar tersebut tidak mempunyai air panas untuk masak mi segeranya. Oleh disebabkan itu dia melakukan kaedah tersebut sebagai salah satu alternatif.

“Nak saving sangat,” kata lelaki itu di ruangan kapsyen.


Seterika Baru Dibeli & Tak Karat

Tambah pelajar berkenaan, seterika yang digunakan itu adalah baru dan tidak mempunyai sebarang karat. Dia dalam masa sama mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan ‘iron’ yang sudah berkarat kerana mampu mengundang bahaya.

Katanya, kaedah menggunakan seterika sememangnya berkesan, yang mana dia hanya mengambil masa 3 minit sahaja untuk mi segera tersebut mengembang.

@123abcdef.u Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp ♬ original sound – Saham Akhirat.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pelajar Guna Seterika Untuk Buat Air Panas

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terhibur dengan aksi luar kotak oleh pelajar berkenaan bagi mendapatkan air panas. Ada juga yang dilihat berseloroh dengan perkara itu.

“Dapat zat besi lebih ni,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga dilihat memberikan ‘pro-tips’ yang lain apabila kekurangan perkakas semasa berada di asrama.

“Duduk asrama memang kreatif. Kalau nak jimat lagi buat guna tin sardin. Dalam letak lilin dan tebuk (tin). Jadilah dapur bajet,” ujar seorang lelaki.

Seorang individu turut bertanya kepada pelajar itu sebab dia tidak menggunakan cerek air. Menjawab kepada kenyataan tersebut, penuntut UIAM berkenaan memaklumkan cerek yang dibelinya masih dalam proses penghantaran (shipping).

Sementara itu, segelintir individu juga meluahkan rasa bimbang kerana aksi sedemikian dikatakan agak bahaya.

“Bahaya dik. Siap hari bulan kena arus (elektrik),” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@123abcdef.u)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kembar Kreatif Buat Hal Lagi, Kali Ini Tukar Reka Bentuk Tembok Rumah Pula!

Baca Artikel Berkaitan: Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd