“Besarnya, Beranak-pinak” – Tular Video Tikus Penuhi Jalan Sekitar Bukit Bintang
Pengendali akaun X (@update11111) berkata tikus-tikus sekitar bandar Kuala Lumpur itu bersaiz besar sehinggakan ada yang berukuran botol minuman saiz 5 liter.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebersihan merupakan satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan diri seseorang malah kebersihan ini juga perlu diterapkan di sesuatu lokasi misalnya tempat awam.
Kebersihan sesebuah kawasan yang ‘tip-top’ sekaligus memberi pandangan baik orang ramai terutamanya persepsi pelancong terhadap Malaysia.
Antara kawasan yang perlu dijaga dengan baik adalah lokasi tumpuan pelancong yang pastinya mempunyai jumlah pengunjung yang ramai.
Tikus Beranak-pinak Di Jalan Sekitar Bukit Bintang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan situasi tidak menyenangkan yang sedang berlaku di tengah-tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut, kelihatan tikus yang banyak di sekeliling tong sampah yang berada di kawasan pejalan kaki.
Bukan itu sahaja, haiwan perosak itu juga dilihat berkerumun dalam semak belukar yang berada di sebelah tong sampah tersebut.
Lebih menggelikan apabila banyak kelibat anak tikus berada di tempat sama seolah-olah ia sudah lama membiak di situ.
Menurut pengendali akaun (@update11111), tikus-tikus sekitar bandar itu bersaiz besar sehinggakan ada yang berukuran sekaan-akan botol minuman 5 liter.
Orang Ramai Harap DBKL Ambil Tindakan
Susulan itu, ramai pengguna X berharap agar pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan lanjut bagi membasmi tikus-tikus yang banyak.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang respon dari DBKL. Kami akan mengemas kini artikel sekiranya ada sebarang maklumat baru.
Penuh anak beranak dia tu..tu baru yang nmpak..yang dlm longkang..moyang saiz botol 5litre pon ada..tak pelik..bandar metropolitan ni pic.twitter.com/MwR9EyDxfo
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 24, 2024
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tikus Banyak Di Bukit Bintang
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi. Ada yang mendakwa sesetengah kawasan sekitar Kuala Lumpur memang tidak terjaga.
“KL ni dia tiga je. Kalau takde tikus, ada homeless (gelandangan), kalau tak ada dua-dua ada bau hancing. Tiga benda utama aku perasan kalau pergi jalan kaki dalam waktu malam,” jelas seorang lelaki.
Malah ada yang berkata bahawa haiwan perosak yang banyak adalah satu kebiasaan sekiranya berada di mana-mana kawasan bandar.
“Tak usah hairanlah tikus-tikus tu. Mana-mana bandar besar ada. Tonton National Geographic bandar luar negara Europe dan New York bersepah juga,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai individu berseloroh dengan mengatakan situasi tersebut seakan-akan watak tikus animasi terkenal.
“Ratatouille dah buka cawangan dekat KL,” kata seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Aduan Ada Tikus Diabaikan Oleh Pekerja
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Guna Najis Tikus Sebagai Perasa Tambahan, Ini Kenyataan Rasmi Habhal’s Cap Kipas Udang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram