Now Reading
[Video] “Rare Warna Dia” – Reviu Tembikai Petak RM700 Curi Tumpuan

[Video] “Rare Warna Dia” – Reviu Tembikai Petak RM700 Curi Tumpuan

Tembikai berbentuk kiub tersebut terdiri daripada campuran dua warna iaitu merah dan juga kuning.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, terdapat pelbagai makanan unik anda boleh dapatkan di pasaran pada ketika ini.

Walaupun harga sesuatu makanan atau minuman yang diimport dari luar negara adalah mahal, namun segelintir golongan masyarakat sanggup mendapatkannya demi merasai kelainannya.

Seperti sebelum ini, pelakon tempatan Janna Nick telah membeli sekotak buah tomato yang mempunyai 12 biji dengan harga sekitar RM180. Menurutnya, rasa tomato diimport dari Shizuoka, Jepun itu adalah lain dengan jenis di Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Video Janna Nick ‘Review’ Tomato Harga RM180 Raih 6 Juta Tontonan


Influencer Beli Tembikai Bentuk Kiub Harga RM700

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang influencer makanan dikenali sebagai Isaac Osman (@isaacosmantv) sedang membuat reviu makan buah tembikai.

Kebiasaannya, kita selalu lihat buah tembikai berbentuk bujur tetapi lain pula kali ini apabila tembikai yang dibelinya itu berbentuk kiub seolah-olah seperti dadu yang besar.

Menurutnya, buah dikenali sebagai ‘Tembikai Petak’ tersebut dibeli dengan harga RM700. Ya bukan puluhan ringgit tetapi beratus!

“Tembikai paling sedap di dalam dunia. Satu ni RM700 geng. Real bukan fake,” ujar Isaac.

Sumber: TikTok (@isaacosmantv)

Tembikai Petak Terdiri Daripada Caampuran Warna Merah & Kuning

Selepas memotong buah tersebut kepada dua bahagian, Isaac menunjukkan rupa isi dalam tembikai berkenaan.

Kebiasaannya jika anda pergi ke pasar raya, anda boleh memilih tembikai dengan dua jenis dan warna berbeza iaitu merah atau kuning. Namun lain pula kali ini, apabila Tembikai Petak ini terdiri daripada campuran dua warna tersebut. Memang ‘rare’!

Jelasnya, tembikai yang mempunyai isi sebegitu adalah manis dan juga lazat. Walaupun Isaac berkata buah itu rasa sedap, tetapi riak wajah lelaki berkenaan menunjukkan sebaliknya.

Jika lihat sendiri rupa buah tersebut, anda boleh perhatikan bijinya adalah jauh lebih sedikit berbanding tembikai biasa di Malaysia ini.

@isaacosmantv

Tembikai petak paling sedap diatas muka bumi

♬ original sound – isaac osman

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tembikai Bentuk Petak

Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat Isaac sebenarnya berpura-pura yang tembikai itu sedap kerana harganya yang begitu mahal.

“Sedaplah dah RM700. Tak makan sayang,” kata seorang wanita.

Malah ada individu berkata tembikai tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengelakkan kerugian. Namun sejauh mana dakwaan tersebut tidaklah kami ketahui, memandangkan kami sendiri tidak pernah menjamah Tembikai Petak.

“Kulit putih jangan buang. Potong-potong buat sup sayur, sedap. Sayanglah kalau buang, mahal tu,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga berkata bentuk buah tersebut adalah sama seperti gambaran tembikai dalam permainan ‘sandbox’ terkenal atas talian.

“Tembikai Minecraft dalam dunia sebenar,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@isaacosmantv)

Tembikai Petak Berasal Dari Jepun

Untuk pengetahuan semua, Tembikai Petak ini berasal dari Jepun. Ia juga dijual dengan harga mahal di negara tersebut iaitu boleh mencecah sehingga $100 (kira-kira RM465.55).

Memetik Atlas Obscura, buah tembikai bentuk ini tidak mempunyai biji benih yang khusus. Sebaliknya, ia adalah daripada biji benih tembikai biasa yang diletakkan di dalam kotak semasa proses pertumbuhan.

Sumber: Japanese Taste

Langkah tersebut berfungsi bagi memudahkan buah berkenaan dipotong, dibungkus dan disimpan dengan rapi. Tembikai segi empat tepat juga mudah ditempatkan dalam peti sejuk Jepun yang kecil.

Dalam masa sama, ia juga sesuai dengan tradisi rakyat Jepun iaitu memberi buah-buahan yang cantik dan mahal sebagai hadiah.

Sumber: Farmers Weekly

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd