Now Reading
[Video] Lelaki Dipercayai Warga Singapura Guna Minyak Subsidi Raih Perhatian

[Video] Lelaki Dipercayai Warga Singapura Guna Minyak Subsidi Raih Perhatian

Difahamkan, kejadian berlaku pada Sabtu lalu (20 Julai) sekitar Sungai Penchala, Jalan Damansara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, petrol RON95 atau minyak pam kuning hanya disubsidikan khas buat rakyat tempatan serta kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.

Pun begitu, masih banyak kenderaan dengan nombor pendaftaran asing telah menyalahgunakan subsidi iaitu dengan membeli minyak petrol jenis itu..

Seperti sebelum ini, tular satu video apabila seorang lelaki dipercayai warga Singapura sedang mengisi minyak keretanya menggunakan RON95. Walaupun sudah ditegur, tetapi pemilik kenderaan seolah-olah tidak mahu melayannya.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]


Pemandu Honda Dengan No Plat Singapura Isi Minyak RON95

Kes lebih kurang sama juga telah berlaku baru-baru ini. Tular hantaran di laman TikTok (@engear.tv) menyaksikan pemandu kereta Honda berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Singapura sedang mengisi minyak kuning di sebuah stesen minyak.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku Sabtu lalu (20 Julai) sekitar Sungai Penchala, Jalan Damansara.

“Aku bawa van diesel pun dah tak ada subsidi. Ni datang negara orang pakai (minyak RON95),” kata lelaki yang merakam video.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Diesel Di Semenanjung RM3.35 Seliter Bermula Isnin, 10 Jun

Menurut pengendali akaun Engear TV, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pemilik no plat asing yang masih menggunakan minyak subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Antara langkah-langkah penguatkuasaan yang dinyatakan adalah seperti saman, senarai hitam (blacklist) dan juga memberikan amaran.

@engear.tv Kejadian pada 20/7/2024 Di Petronas Penchala. Kita ni subsidi diesel dah ditarik tapi mereka ni masih lagi isi je minyak kuning kita. Apa patut pihak berkuasa buat? a) Saman b) Blacklist kereta c) Bagi Warning je… #fyp #curiminyak #carsoftiktok #engeartv #malaysia ♬ original sound – Engear TV

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Warga Singapura Guna Minyak RON95

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berang dengan tindakan pemandu kereta tersebut.

“Orang luar curi, nanti kita orang tempatan kena tanggung. Pemilik pam petrol kenalah tanggungjawab,” kata seorang individu.

Sementara itu, ramai juga individu memberikan pelbagai langkah lain bagi mengawal warga asing daripada menggunakan subsidi rakyat tempatan.

“Kena minta IC (kad pengenalan) waktu pembayaran (di kaunter). Senang,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, seorang lelaki turut mendakwa banyak stesen pam minyak di Malaysia yang membenarkan kenderaan dengan nombor plat luar negara mengisi minyak RON95.

Bukan itu sahaja, segelintir juga berpendapat bahawa individu sepatutnya memaklumkan perkara tersebut kepada pekerja di kaunter.

“Sepatutnya orang jaga luar harus alert dan bagi tahu kaunter. Tak boleh salahkan kaunter sebab tak nampak dan sibuk layan pelanggan di dalam,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@engear.tv)

Stesen Minyak Jual Petrol RON95 Kepada Warga Asing Boleh Didenda Hingga RM1 Juta

Terdahulu, pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) didenda sebanyak RM30,000 atas kesalahan menjual petrol RON95 bersubsidi kepada warga asing.

Mohammad Naziruddin, 61, gagal mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran, Thailand.

Untuk info, perbuatan tersebut melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Jika disabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Laporkan Kepada Pihak KPDN Jika Lihat Kenderaan Plat Asing Guna Minyak Subsidi

Pada 2022, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan semua kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan untuk mengisi minyak Petrol RON95 di Malaysia.

Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan untuk mengisi minyak RON 97 sahaja.

Jelas beliau, Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP juga telah melaksanakan pemeriksaan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap individu dan pengusaha stesen minyak yang cuba melanggar peraturan tersebut.

Jika anda terlihat kes sebegitu berlaku, anda boleh laporkan kepada KPDN melalui laman web aduan rasmi [DI SINI] atau hubungi talian bebas tol: 1-800-886-800

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Naikkan Harga Servis, Didakwa Terkesan Subsidi Diesel Berkurang Di Malaysia Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd