Now Reading
[Video] “Harap Dia Tak Trauma”- Kanak-kanak Lelaki Cemas Selepas Makcik Tersangkut Dalam Lif

[Video] “Harap Dia Tak Trauma”- Kanak-kanak Lelaki Cemas Selepas Makcik Tersangkut Dalam Lif

Difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah flat sekitar Taman Desa, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes individu tersangkut dalam lif banyak berlaku sebelum ini. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti masalah teknikal, lif yang sudah lama tidak diselenggara, atau lebih muatan.

Seperti sebelum ini, sebuah lif di Sunsuria Avenue, Kota Damansara dilaporkan tidak berfungsi dengan baik selepas ianya dipercayai terlebih muatan.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, seramai 19 orang wanita didapati terperangkap di dalam lif pada tingkat satu. Had muatan lif yang terlalu berat mengakibatkan lif tidak dapat beroperasi dengan menyeluruh.

Baca Artikel Berkaitan: “Sabar Itu Indah” – 19 Pelajar Perempuan Tersekat Dalam Lif, Pihak Bomba Sempat ‘Selit’ Nasihat


Kanak-kanak Panik Ketika Makcik Terperangkap Dalam Lif

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zr.woon) menyaksikan detik cemas dipercayai berlaku di sebuah flat sekitar Taman Desa, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut seorang wanita dikenali sebagai Alam dilihat sedang tersangkut dalam lif flat berkenaan. Anak saudara kepada Alam yang dikenali sebagai Iman pula dilihat cuak dan panik dengan situasi tersebut.

Iman telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong agar sesiapa yang berada di kawasan sekitar boleh membantu makciknya.

“It’s okay sayang. Ya, Iman jangan nangis,” kata Alam sambil memujuk anak buahnya.


Alam Alami Kecederaan Ringan Pada Jari Tangan

Menurut ibu kepada Iman, Alam bersama anaknya sudah pun sampai ke tingkat kediaman, namun pada ketika itu lif secara tiba-tiba rosak dan menyebabkan wanita berkenaan tidak dapat keluar.

Alam juga mengalami kecederaan ringan iaitu kulit tangan koyak dan lebam selepas tersepit di lif.

Sumber: TikTok (@zr.woon)

“Mama (ibu Iman) on the way dari pejabat dapat call Alam sangkut (dalam) lif memang cuak. Takut lift jatuh menjunam.

“Aku rasa Iman minta tolong sampai hujung blok. Korang boleh tengok dia berlari tu. Allahuakbar anak mama bijak. Tapi kesian dia trauma!” ujar si ibu.

Iman dalam masa sama juga menjerit sekuat hati meminta Alam untuk menekan loceng kecemasan di dalam lif. Pun begitu, Alam berkata tiada siapa yang mendengar loceng berkenaan walaupun sudah ditekan hampir lima minit.


Bomba Berjaya Selamatkan Alam

Tidak lama selepas itu, ibu kepada Iman telah pun sampai ke lokasi kejadian dan terus menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan Alam. 10 minit selepas dihubungi, pihak Bomba dan Penyelamat Taman Desa tiba di sana dan memulakan operasi mengeluarkan Alam.

“Alhamdulillah Alam selamat. Terima kasih abang Bomba dan kakak operator 999,” tambah si ibu.

@zr.woon

Kisah harini Alam sangkut lift, nasib baik Iman selamat keluar dulu 🥺 trauma dia sorang2 jadi saksi Alam tersepit and tersangkut dalam lift 🥺🥺

♬ original sound – zrwoon

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Alam Tersangkut Dalam Lif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat Iman yang ‘cuak’ ketika insiden berlaku.

“Benda macam ni pun aku boleh nangis. Siapa je tak nangis kalau keadaan jadi macam ni. Kalau aku pun gelabah tak tentu arah dah. Comel betul Iman risaukan Mak Lang dia. Harap dia tak traumalah,” ujar seorang wanita.

Malah, ramai juga yang memuji Iman kerana bijak mencari bantuan.

“Cerdiknya adik ni. Siap lari minta tolong orang. Sangat bagus dan bijak,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga individu mempersoal fungsi sebenar loceng kecemasan kerana tiada pihak yang datang membantu walaupun sudah ditekan banyak kali.

Sumber: TikTok (@zr.woon)

Tips Keselamatan Jika Terperangkap Dalam Lif

Kerosakan teknikal boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. Bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Buatnya tiba-tiba lif yang anda naiki dalam bangunan tersekat dan tidak bergerak, ini apa yang anda perlu lakukan:

  • Tenangkan diri, jangan panik dan tarik nafas sedalam mungkin untuk membolehkan kita dapat berfikir dengan waras.
  • Tekan butang loceng atau interkom dan melaporkan masalah yang berlaku.
  • Hubungi pihak bomba di Hotline 03-89214444 atau 999 jika bilik kawalan gagal memberi maklum balas.

Baca Artikel Berkaitan: “Kaki Saya Kat Kubur Yang Sakit” – Bengang Lif Rosak, Wanita OKU Ini Bagi Kata-kata ‘Pedas’

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif 30 Minit, Bapa Tak Sempat Masuk Pintu Dah Tutup Dengan Cepat [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd