Now Reading
[Video] Lelaki Bujang Pilih Untuk Sambut Hari Lahir Dengan Anak Yatim Buat Ramai Tersentuh Hati

[Video] Lelaki Bujang Pilih Untuk Sambut Hari Lahir Dengan Anak Yatim Buat Ramai Tersentuh Hati

Saharuddin memilih untuk menyambut hari lahir dengan cara sedemikian bagi menumpang kasih anak-anak yatim yang telah banyak memberi semangat untuk dia meneruskan kehidupan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah individu, hari lahir merupakan sambutan yang istimewa dan perlu diraikan dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

Kebiasaannya sambutan ini dilakukan di restoran atau kafe yang cantik bagi memberikan suasana yang lebih meriah.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki ini ketika mahu menyambut hari jadinya yang ke-30.


Individu Ini Pilih Untuk Sambut Hari Lahir Dengan Anak-anak Yatim

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@saharuddinamirullah), seorang lelaki yang dikenali sebagai Saharuddin Amirullah berusia 30 tahun telah memilih untuk menyambut hari lahirnya pada tahun ini bersama anak-anak yatim.

Saharuddin yang belum berkahwin dikatakan telah memilih cara sebegini bagi menumpang kasih anak-anak yatim ini yang telah banyak memberi semangat untuk dia meneruskan kehidupan.

“Umur 30 ni masih tiada anak sebab belum jumpa jodoh lagi tapi bolehlah menumpang kasih dengan anak-anak syurga yang banyak bagi aku semangat untuk terus hidup,” kata Salahuddin.

Lelaki ini juga dilihat membawa bungkusan makanan dan kotak kek bersama ketika memasuki rumah keluarga tersebut di Sabah.

Sumber: TikTok (@saharuddinamirullah)

Sementara itu, rakan-rakannya yang lain pula membantu mengangkat beberapa barangan keperluan asas yang mahu diberikan.

Salahuddin kemudiannya duduk bersila dengan mereka sambil memakaikan topi hari jadi pada kepala dua orang kanak-kanak yang dipercayai OKU buta penglihatan.

Mereka juga bersama-sama menyanyikan lagu hari jadi dan ia telah menyebabkan lelaki berkenaan bersama rakannya tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

Kalau anda perasan, ‘tagline’ pada baju mereka berwarna merah itu tertulis ‘Simpan tidak kaya, bagi tidak miskin’.

@saharuddinamirullah

Umur 30 ni masih tiada anak sebab belum jumpa jodoh lagi haha tapi bolehlah menumpang kasih dengan anak-anak syurga yang banyak bagi aku semangat untuk terus hidup.

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
@saharuddinamirullah

Bukan selalu mereka dapat makan makanan yang sedap itulah bila dibagitahu ada ayam goreng mereka jadi teruja.

♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Orang Ramai Turut Tersentuh Hati Lihat Kebaikan Sekumpulan Lelaki Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa tersentuh dan tidak dapat menahan air mata selepas melihat situasi tersebut.

“Baca yang dia tulis kat baju tu pun aku dah menangis,” kata pengguna media sosial.

Orang ramai turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh sekumpulan individu ini yang mahu menceriakan kehidupan anak-anak yatim berkenaan.

Masyarakat turut mendoakan agar mereka semua dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT atas tindakan murni yang dilakukan.

Perbuatan mereka ini juga telah memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat perkara sama pada masa akan datang.

“Kalau aku orang yang senang, aku akan ajar anak-anak aku cara untuk menggembirakan orang yang lebih susah dari kita,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Pastinya sambutan hari jadi yang ke-30 buat Salahuddin akan menjadi antara memori yang paling diingati sampai bila-bila.

Baca Artikel Berkaitan: Luah Rindu Arwah Bapa, Dua Lelaki Peluk Cium Kanak-Kanak Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sedia 2 Bekal Sekolah Untuk Anak & Kawan Anak Yang Kehilangan Ibu, Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd