[Video] Aksi Lelaki Kencing Di Tempat Wuduk Stesen Minyak Bikin Ramai Berang
Lelaki yang membuang air kecil di tempat wuduk sebuah stesen minyak sekitar Kepong itu kemudian berlalu pergi tanpa membersihkan kawasan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, setiap individu perlulah prihatin dalam menjaga kebersihan tempat awam sekiranya berada di luar.
Pun begitu, pasti ada sahaja kerosakan atau perkara buruk terjadi kepada kemudahan awam akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab seseorang individu.
Sebagai contoh di sesetengah tandas anda akan perasan bau hancing seolah-olah seseorang tidak membersihkan selepas membuang air kecil. Lebih teruk lagi adalah apabila ada pihak menggunakan tempat mengambil wuduk untuk mereka melepaskan ‘hajat’.
Lelaki Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Stesen Minyak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ jllmisai) menyaksikan satu situasi mengejutkan berlaku di sebuah stesen minyak sekitar Kepong, Selangor.
Menurut pemilik video, seorang lelaki telah membuang air kecil di tempat mengambil wuduk di stesen minyak itu.
Menerusi klip tersebut, sebuah kereta berwarna perak secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan tanpa parkir terlebih dahulu. Kemudian, pemandu dalam keadaan bergegas pergi ke dua buah pintu disyaki pintu tandas dan cuba untuk membukanya, tetapi tidak berjaya.
Oleh disebabkan itu, lelaki berkenaan pergi ke tempat mengambil wuduk di sebelahnya dan melepaskan ‘hajat’. Selepas selesai, dia kemudian kembali ke keretanya seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam masa sama, individu yang merakam video meminta orang ramai yang mengunjungi surau stesen minyak itu untuk berhati-hati sekiranya terhidu bau hancing akibat air kecil berkenaan.
Kes di surau Shell Kepong petang semalam katanya..🤔 pic.twitter.com/yIog8BKxUi
— JalalMisai (@jllmisai) July 22, 2024
Ramai Berang Dengan Sikap Pengotor Lelaki Itu
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai pengguna X. Rata-rata daripada mereka dilihat berang dan jijik dengan aksi lelaki tersebut.
“Pundi kencing kau nipis sangat ke sampai tak boleh tahan. Tak ada otak ke?” ujar seorang lelaki.
Malah ada yang berkata lelaki itu seharusnya membersihkan kawasan yang telah dikotorkan dengan air kencing sendiri.
“Emergency tu fahamlah. Tapi lepas dah selesai kau cuci la (tempat ambil wuduk),” kata seorang pengguna X.
Sementara itu, ada juga yang bersangka baik dengan berkata lelaki terbabit mungkin beranggapan tempat tersebut merupakan tandas berdiri buat golongan lelaki.
Menjawab kepada kenyataan ini, seorang individu berkata lelaki yang kencing itu sepatutnya membaca papan tanda yang terpapar di tempat mengambil wuduk.















Kes Individu Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Pernah Berlaku
Terdahulu, satu kes lebih kurang sama dilaporkan berlaku di Kompleks Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru apabila seorang lelaki warga asing membuang air kecil di tempat wuduk dalam sebuah surau.
Difahamkan, perakam video telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi suspek tetap meneruskan perbuatannya sambil meminta maaf.
“Aduh, tak reti baca ke? Ini tempat orang sembahyang lah. You tak ada respect lah,” kata saksi kejadian.
Suspek bagaimanapun telah ditahan polis sejurus selepas melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut. Hasil siasatan pula mendapati bahawa lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan saringan air kencing juga menunjukkan keputusan negatif.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Kini Ditahan Pihak Polis
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang
Baca Artikel Berkaitan: “Pengotor Betul” – Netizen Geram Pelancong Wanita Selamba Buang Air Besar Di Perkarangan Homestay
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram