Now Reading
“Task Macam Untuk 6 Orang” – Ramai Bengang Lihat Syarikat Beri Skop Kerja Tak Setimpal Dengan Gaji RM1,700

“Task Macam Untuk 6 Orang” – Ramai Bengang Lihat Syarikat Beri Skop Kerja Tak Setimpal Dengan Gaji RM1,700

Wanita berkenaan berpendapat bahawa tawaran kerja tersebut tidak setanding dengan gaji yang diberikan iaitu sekitar RM1,750 bagi jawatan ‘Junior Digital Marketer’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, banyak syarikat yang mengambil langkah untuk mengiklankan tawaran kerja di media sosial memandangkan platform ini salah satu tempat yang boleh menarik perhatian ramai.

Tetapi sebelum memilih untuk bekerja di mana-mana syarikat, anda perlulah meneliti semula skop kerja yang disenaraikan, sama ada ia berpatutan atau tidak dengan gaji yang ditawarkan.

Ini kerana wujud sesetengah pihak yang mahu menjimatkan kos dengan mengambil pekerja dalam kuantiti yang sedikit, namun skop kerja yang diminta pula terlalu banyak.


Syarikat Dipercayai Tawar Satu Jawatan Dengan 6 Skop Kerja Berbeza

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@najwaznd), seorang wanita telah berkongsi semula satu poster iklan tawaran kerja yang dijumpai di laman Facebook.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan berpendapat bahawa tawaran kerja tersebut tidak setanding dengan gaji yang diberikan iaitu sekitar RM1,750 bagi jawatan ‘Junior Digital Marketer’.

Apa yang membuatkan pengguna X ini lebih bengang adalah skop kerja yang diminta itu sepatutnya digalas oleh enam orang yang berbeza.

Sebaliknya, syarikat berkenaan seolah-olah meminta enam kerja itu dilakukan oleh seorang pekerja sahaja.

Antara skop kerja yang disenaraikan adalah:

  • Berperanan utama sebagai ads specialist.
  • Merangka segala gerak kerja iklan online berbayar.
  • Merancang dan memantau kandungan dalam laman sosial.
  • Optimumkan pencapaian setiap iklan dalam setiap kempen.
  • Menyediakan copywriting untuk digunakan dalam kempen pemasaran.
  • Memberi respon dan informasi kepada pengurus pemasaran berkenaan data-data pengguna melalui pelbagai saluran.
  • Menyediakan cadangan yang kreatif dan segar berdasarkan demografi iklan.
  • Sentiasa berhubung dengan team grafik dan kreatif mengenai sisi reka bentuk bahan pemasaran bagi tujuan pengiklanan paid advertising.

Pengguna X ini berpendapat bahawa syarikat tersebut perlu memberi belas kasihan kepada pekerja mereka supaya tidak dibebani dengan tugasan yang terlalu banyak.

Buka facebook je dah baran. RM1750 untuk position digital marketing? Job scope kemain kena handle Ads, Graphic Design, content creation, copywriting, advertising ya Allah kak. Kesian la sikit kat orang. Rasa macam sia-sia je ambik degree kalau macam ni.

Pengguna X.
Sumber: X

Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Tawaran Kerja Junior Digital Marketer

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi dari masyarakat dan rata-ratanya mereka bersetuju dengan pendapat wanita itu yang menganggap bahawa tawaran kerja terbabit tidak berpatutan dengan gaji yang ditawarkan.

Selepas melihat senarai kerja yang perlu dilakukan, sesetengah masyarakat berpendapat bahawa kerjaya itu sebenarnya lebih kepada tugas sebagai ‘Social Media Account Manager’.

Pengguna X ini juga bersetuju bahawa kesemua tugas ini tidak boleh dilakukan secara berseorangan, lebih-lebih lagi buat mereka yang berstatus junior.

Selain itu, mereka juga mempersoalkan syarikat berkenaan yang meletakkan KWSP dan SOCSO sebagai suatu kelebihan jika bekerja di sana.

Mengikut undang-undang, caruman wang tersebut adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap majikan di Malaysia.

Malah, ada juga orang awam yang menganggap gaji yang sepatutnya diterima dengan skop kerja sebanyak itu adalah sekurang-kurangnya RM5,000.

Sumber: X
Sumber: X

Ada Juga Yang Rasa Tawaran Adalah Berpatutan

Walau bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak yang menganggap permulaan gaji sebanyak RM1,750 itu berpatutan sekiranya ia disusuli dengan komisen yang diterima daripada setiap jualan yang dibuat.

Mereka turut mendakwa bahawa iklan itu tidak meminta pekerja membuat rekaan poster tetapi lebih kepada memberi cadangan sahaja.

Ada juga netizen yang memberi cadangan agar individu yang mengambil tawaran pekerjaan itu menganggapnya sebagai proses seperti latihan amali (internship) selama enam bulan dan pada masa sama kekal aktif mencari kerja lain.

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Tips Untuk Dapatkan Tawaran Bekerja Di Luar Negara Menerusi LinkedIn

Mesti ada di antara korang yang bercita-cita untuk bekerja di luar negara kan? Kalau ada, jom kami kongsikan beberapa tips untuk mendapat tawaran bekerja di luar negara dengan menggunakan platform LinkedIn.

Antaranya:

  1. Rajinkan diri untuk follow, like dan kongsi hantaran oleh komuniti pekerja di luar negara.
  2. Meletakkan tetapan ‘open to job’ kepada para perekrut dan mengemas kini portfolio di akaun masing-masing.
  3. Menyenaraikan perkara yang anda pernah lakukan di syarikat lama yang memberi nilai dan impak.
  4. Sama-sama menyambut kejayaan seseorang jika mereka berkongsi di LinkedIn.
  5. Tidak meletakkan info yang salah di profil LinkedIn kerana segala yang tertera akan ditanya ketika sesi temu duga.
Sumber: Pexels

Kunci utama untuk mendapatkan tawaran kerja dari luar negara adalah untuk sentiasa aktif menggunakan LinkedIn.

Jadi rajin-rajinkanlah untuk memuat naik hantaran di platform berkenaan agar dapat menarik perhatian syarikat di luar negara.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Guna LinkedIn Untuk Dapatkan Tawaran Kerja Luar Negara

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd