Now Reading
[Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli

[Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli

Bilik hotel dipenuhi lipas tersebut dipercayai bertempat sekitar Cameron Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja tentang lipas sudah pasti ramai di antara kita yang takut dengan serangga tersebut. Ada juga di kalangan masyarakat yang sampai melompat jika nampak lipas di depan mata. Senang cerita memang tidak senang duduk.

Sebelum ini, seorang wanita berasa jijik dan hilang selera makan selepas menyedari terdapat tiga ekor lipas di dalam botol kicap yang dituangnya ke atas nasi.

Jelas wanita dikenali sebagai Nayla itu, dia yang sudah menyuap nasi 3-4 kali baru perasan tentang kewujudan serangga perosak tersebut di dalam botol selepas menuang kicap kali kedua.

Baca Artikel Berkaitan: “Terus Takde Mood Nak Makan” – Wanita Jumpa Lipas Dalam Botol Kicap

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kacang” – Lelaki Cerita Pengalaman Pahit Termakan Lipas Akibat Tinggal Air Kopi Di Dalam Kereta


Wanita Jumpa 10 Ekor Lipas Ketika Check-in Hotel Di Cameron Highlands

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nynabukater) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nyna berkongsi pengalamannya apabila ‘check-in’ ke sebuah hotel dipercayai sekitar Cameron Highlands.

Momen indah untuk berehat dan bercuti bertukar ‘ngeri’ selepas hotel yang ditempah olehnya dipenuhi dengan banyak serangga perosak. Bukan satu atau dua ekor, tetapi 10 ekor lipas berada dalam bilik tersebut!

Nyna berkata, dia terjumpa dua ekor lipas dalam keadaan masih hidup manakala lapan yang lain sudah mati. Tambahnya, lipas tersebut juga berada di bawah tilam disediakan oleh pihak hotel berkenaan.

Jika dilihat video itu dengan teliti, anda boleh nampak terdapat seekor lipas sedang merayap pada rangka katil kayu berkenaan.

Sumber: TikTok (@nynabukater)

Oleh disebabkan berasa geli dengan serangga perosak tersebut, Nyna telah check-out dari hotel itu sekitar jam 2 pagi pada hari yang sama.

“Ni hotel ke rumah lipas?” kata Nyna di ruangan kapsyen.


Tempah Hotel Lain Walaupun Sudah Lewat Malam

Difahamkan, Nyna telah menempah bilik di hotel berkenaan bersama rakan-rakannya yang lain.

Menerusi perkongsian Instagram Story salah seorang rakannya iaitu Syafiqah, mereka semua membuat keputusan untuk mencari tempat penginapan lain walaupun sudah larut malam.

“Bilik itu sangat misteri,” kata Syafiqah.

@nynabukater

2 ekor besar 8 ekor kecik.. 8 ekor yg arwah.. 😭😭😭😭😭😭

♬ OMA SHAKO SHAKO – DJ VINNIE PARGOY

Orang Ramai Geli Lihat Lipas Yang Banyak Dalam Bilik Hotel

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa geli dan takut melihat serangga tersebut di ruangan tempat tidur Nyna.

“Seekor lipas pun aku dah melalak nak keluar anak kahak. Kalau macam ni tercabut rahang aku,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga individu berkata lipas atau serangga perosak sering dilihat dalam hotel murah.

“Standard la hotel bajet. Pergi 5 star hotel nak jumpa satu lipas pun tak akan jumpa. Selesa pun selesa,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada individu berkata dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyembur racun serangga terlebih dahulu apabila mengunjungi tempat penginapan.

“Sebab tu saya kalau nak check- in hotel mesti akan (guna) Ridsect dan Febreeze. Sebelum saya dan anak-anak naik (masuk bilik hotel), akan minta suami check bilik dan sembur dulu. Dah selesai baru kami naik,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@nynabukater)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lipas Berkeliaran Dalam Ruangan Roti Di Kedai Bakeri, Netizen Luah Rasa Jijik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd