“Susah Ke Nak Jaga Kesihatan?” – Ramai Persoal Pelanggan Rela Beratur Panjang Demi Slime Cheese
Kelihatan orang ramai sedang beratur dalam cuaca panas bagi membeli snek viral iaitu campuran susu bersama keju dipanggil sebagai Slime Cheese.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin banyak minuman dan snek viral yang anda boleh dapatkan di pasaran. Oleh disebabkan perasaan FOMO (fear of missing out), ramai di kalangan masyarakat membeli makanan viral ini walaupun ia mampu memudaratkan kesihatan.
Contoh paling mudah yang boleh dilihat adalah makanan viral ini boleh mengundang berat badan yang tidak normal sehingga mencecah tahap obesiti.
Menerusi laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2023, sebanyak 54.5% golongan dewasa di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti berbanding 2019 iaitu 50.1%.
Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Orang Ramai Beratur Panjang Untuk Beli Snek Viral
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @twtbiy) menyaksikan pelanggan yang ramai sedang beratur untuk membeli snek viral iaitu Slime Cheese dan Jagung Cheese Tarik.
Difahamkan, snek tersebut dijual dalam satu bekas di mana ia akan diisi dengan keju mozarella dan juga susu pekat. Namun perkara yang mencuri perhatian adalah jumlah keju yang diberikan. Memang banyak ya!
Menurut peniaga tersebut, Slime Cheese itu sememangnya amat manis kalau dibandingkan dengan Jagung Cheese Tarik.
“Kak Su sendiri pun tak pernah makan (Slime Cheese). Manis hampa. Siapa yang suka extra manis, cheese wangi baru boleh makan,” kata peniaga berkenaan.
Walaupun terpaksa menunggu dalam cuaca panas, namun para pelanggan dilihat sabar beratur dengan panjang di kedai tersebut yang berlokasi sekitar Sungai Petani, Kedah.
Perkongsian yang telah dimuat naik semula itu kemudiannya telah mendapat perhatian ramai pengguna X.
Korang sanggup beratur untuk makanan macam ni? Sakit korang ni. pic.twitter.com/HPOhfo3dnm
— Bbie. (@twtbiy) July 21, 2024
Makanan Viral Tidak Berkhasiat Buat Orang Ramai Rasa Bimbang
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat bimbang dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak kisah menunggu lama untuk makanan kurang sihat.
“Gigih beratur panjang. Dah sakit, cari klinik kerajaan mengeluh pula bila kena beratur panjang,” kata seorang wanita.
Malah ada yang berkata pengambilan makanan manis secara berlebihan akan mengundang penyakit bahaya seperti kencing manis.
“Somehow aku rasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah tak boleh sediakan penjagaan kesihatan percuma dah untuk 20 tahun akan datang. Tengoklah diet dan jenis makanan sekarang, memang 20 tahun akan datang berjuta-juta pesakit diabetes, darah tinggi dan pesakit dialisis yang kerajaan kena tanggung bagi ubat dan rawatan,” jelas seorang lelaki.
Sementara itu ramai juga yang tidak faham dengan individu yang begitu taksub dengan makanan berasaskan keju.
“Rakyat Malaysia dan ketagihan mereka terhadap cheese. Tu bukannya keju sebenar pun. Susah sangat ke nak jaga kesihatan?” ujar seorang netizen.















UAI Anggap Tindakan Beratur Lama Untuk Dapatkan Makanan Viral Buang Masa
Terdahulu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah membahaskan tentang tindakan segelintir individu yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan makanan dan minuman tular.
Jelasnya, aksi tersebut merupakan salah satu penyakit akhir zaman dan ia berlaku kerana masyarakat terlalu mengejar kepada perkara viral serta populariti.
Mengulas tentang sesetengah pihak yang beratur sehari sebelum premis jualan dibuka, UAI berkata tindakan tersebut membuang masa.
“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esoklah pergi beli, tapi tak. Beratur dari 12 malam. Bukan kita kelaparan 6 tahun tak ada makanan,” ulasnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Pertikai Tindakan Pelanggan Sanggup Beratur 6 Jam Demi Cromboloni Viral
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram