[Video] Gelagat Pekerja Korea Sebut ‘Pencuci Mulut’ Macam Choral Speaking Dengan Rakyat Malaysia Bikin Ramai Terhibur
Pekerja Korea Selatan itu menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu sambil menunggu ia disahut oleh para pelanggannya yang merupakan rakyat Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau korang pergi ke mana-mana negara, pasti akan ada kedai jualan yang menjadi tumpuan para pelancong meskipun ia hanya sebuah gerai kecil.
Jika di Malaysia, antara kedai jualan yang popular adalah premis menjual aiskrim dengan interaksi menghiburkan bersama para pelanggan.
Jangan tertipu kalau mereka mahu menghulurkan aiskrim pesanan korang, nanti dia akan tarik aiskrim tersebut dan memusingkannya untuk beberapa tempoh.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Wanita Permainkan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Sewaktu Buat Pembayaran [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!
Pekerja Di Korea Selatan Jadikan Sebutan Pencuci Mulut Ibarat ‘Choral Speaking’
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@yoonala), seorang pekerja gerai yang menjual ‘street food’ di Korea Selatan dilihat telah berinteraksi dengan sekumpulan lelaki dipercayai dari Malaysia.
Apa yang menariknya adalah pekerja Korea Selatan itu menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu sambil menunggu ia disahut oleh para pelanggannya.
Comel je dia sebut ‘pencuci’, kemudian mereka menyambungnya dengan serentak sambil menyebut ‘mulut’ dalam keadaan penuh bersemangat.
Siap buat pergerakan tangan ibarat menjadi pengendali bagi aktiviti ‘choral speaking’ ya. Kelakar sungguh!
Sekumpulan lelaki itu juga terhibur melihat aksi yang dilakukan dan tidak ketinggalan untuk merakam situasi tersebut sebagai kenangan mereka.
Walaupun aksi menghiburkan itu dimulakan oleh pekerja tersebut, tetapi dia jugalah yang dilihat tersipu malu dan cuba menyorokkan wajahnya selepas itu.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Pekerja Korea Guna Perkataan Bahasa Melayu Untuk Berinteraksi Dengan Pelanggan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pekerja gerai jualan di Korea Selatan itu yang cuba menghiburkan sekumpulan masyarakat dari Malaysia itu.
“Kelakarnya oppa korea ni, pencuci mulut pun dia jadikan lagu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Siap ada yang siap kata sanggup nak datang ke Korea Selatan semata-mata mahu berjumpa dengan pekerja tersebut.
“Jangan sampai aku pergi Korea semata-mata nak jumpa dia,” ujar netizen.
Malah, masyarakat juga memuji bagaimana golongan lelaki mudah untuk membuat kawan baharu dengan hanya melakukan perkara ‘random’ seperti itu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.