[Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum
Menurut lelaki dikenali sebagai Jan, pakcik itu hanya meletakkan Saga miliknya di rumah sebagai perhiasan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu sudah pasti mempunyai hobi unik mereka tersendiri. Kebiasaannya, ramai di kalangan masyarakat suka membaca buku, melancong, bersukan, mendaki bukit dan sebagainya.
Namun bagi sesetengah individu pula, mereka lebih menggemari hobi yang agak berbeza daripada orang lain. Seperti sebelum ini, seorang gadis dikenali sebagai Shreya yang berusia 19 tahun pernah tular selepas berkongsi minatnya di media sosial.
Difahamkan, Syera suka mengumpul bangkai nyamuk dan melekatkannya dengan pita pelekat di sebuah buku.
Baca Artikel Berkaitan: Lain Dari Lain, Hobi Gadis Ini Kumpul Bangkai Nyamuk
Proton Saga Dipenuhi Aksesori Unik
Hobi yang agak ‘rare’ tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jan_absober) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Jan menunjukkan sebuah Proton Saga berwarna merah milik seorang pakcik yang begitu meriah dengan aksesori.
Menerusi video perkongsian, kelihatan pelbagai aksesori menarik dilekatkan pada setiap sudut kereta termasuklah di bahagian enjin. Ada kerongsang, butang baju, rantai, gelang, manik, bunga tiruan, rantai kunci, bendera, patung haiwan dan banyak lagi.

Menurut pakcik yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, mengumpul dan menghiasi kereta merupakan hobinya. Dalam video yang sama, pakcik berkenaan dilihat teruja menunjukkan hasil mencantikkan kenderaannya selama ini kepada Jan dan si rakan.
Sekali pandang, dah macam dekat pasar malam pula!
@jan_absober Lain org.lain hobinya.kaWw😂🫡#fypシ゚viral #tiktok2024❤️ #sungaipetanikedah🔰 #viral ♬ original sound – Jan_absober
Pakcik Letak Saga Di Rumah Sebagai Hiasan
Aksesori yang dihiasi sekeliling kereta itu membuatkan segelintir warganet mempersoalkan sama ada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pakcik tersebut ataupun tidak.
Bagaimanapun, pemilik kereta menjelaskan bahawa dia sudah berbincang mengenai kereta tersebut dengan budi bicara bersama pegawai JPJ.
Tambah Jan di ruangan komen, pakcik itu tidak membawa kereta berkenaan di jalan raya, sebaliknya hanya menyimpan kenderaannya di rumah sebagai perhiasan.

Ramai Kagum Lihat Pelbagai Jenis Aksesori Dilekat Pada Kereta
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat kagum dengan aksesori lip-lap tersebut.
“Hobi pakcik. Sangat kreatif untuk usianya. Hanya koleksi sebuah kereta lama,” kata seorang individu.
Malah ada yang berkata kereta yang cantik dilengkapi aksesori itu boleh diletakkan di mana-mana pameran kereta pada masa akan datang.
“Cantik, boleh sertai car show,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada juga individu yang menggelar kereta berkenaan sebagai ‘harta karun Malaysia’.
















Baca Artikel Berkaitan: “Amboi Raya Sakan!” – Lampu Lip-Lap Warnai Flat Kampung Melayu, Pulau Pinang Raih Perhatian Netizen [Video]
Sejarah Tentang Proton Saga Generasi Pertama
Melihat kepada video dikongsi, pakcik tersebut telah menggunakan Proton Saga generasi pertama yang dikeluarkan di Malaysia. Saga legend itu juga merupakan kereta jenis pertama dihasilkan oleh pengilang kereta Proton.
Untuk pengetahuan semua, kereta nasional pertama Malaysia tersebut dilancarkan secara rasmi kepada orang ramai pada 9 Julai 1985. Pelancaran itu sekaligus menandakan permulaan industri automotif nasional di negara ini.
Mengupas lebih lanjut mengenai sejarah Saga berkenaan, idea menghasilkan kereta tersebut datang dari Perdana Menteri ke-4 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979.

Kalau anda nak tahu, kereta Saga memperoleh namanya daripada satu peraduan yang dianjurkan oleh pihak Proton digelar sebagai ‘Pertandingan Menamakan Kereta Nasional’.
Pertandingan ini juga telah mendapat sambutan hangat rakyat tempatan di mana ia menerima lebih daripada 100,000 penyertaan. Difahamkan, seorang lelaki kelahiran negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat tempat pertama.
Beliau memberi nama Saga iaitu akronim kepada Safety (Keselamatan), Achievement (Pencapaian), Greatness (Keunggulan) dan Ability (Kebolehan).

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram