“Berapi Rim Dia”- Axia Kemik & Tayar Belakang Pecah Redah Jambatan Pulau Pinang Curi Tumpuan
Ramai saksi mendakwa bahawa pemandu Axia telah diberhentikan dan ditahan oleh pihak polis di Permatang Tinggi, Pulau Pinang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keselamatan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pengguna jalan raya. Namun, ia masih dipandang enteng oleh segelintir pihak apabila masih ada yang memandu dengan tidak berhemah hingga mampu mengundang bahaya.
Sebelum ini, tular satu hantaran menunjukkan sebuah Perodua Myvi berwarna merah memandu dengan laju sehingga menyebabkan percikan api keluar dari bahagian bawah kereta.
Difahamkan percikan api itu terhasil akibat bahagian bawah kereta yang ‘lowered’ telah bergesel dengan jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Myvi ‘Lowered’ Keluar Percikan Api Ketika Dipandu Bikin Ramai Bimbang
Axia Memandu Laju Dalam Keadaan Tayar Belakang Dah Tercabut
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Penang Press menyaksikan sebuah kereta jenis Perodua Axia dilihat memandu dengan keadaan kenderaan yang tidak sempurna dan penuh kesan kemik di bahagian but belakang kereta.
Lebih mengejutkan, tayar belakang juga dilihat sudah tercabut dan hanya tinggal rim tayar sahaja. Pun begitu, Axia berkenaan masih ‘meredah’ jalan seperti biasa.
Tindakan pemandu Axia berkenaan memandu dengan laju dalam keadaan begitu menyebabkan terhasilnya percikan api dipercayai berpunca dari geseran rim dan juga permukaan jalan.
Memetik Utusan TV, kejadian tersebut berlaku kelmarin (15 Julai) di atas Jambatan Pulau Pinang.
Video tersebut turut dikongsikan Utusan TV di TikTok sehingga meraih perhatian ramai.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Axia Yang Memandu Tanpa Tayar Belakang
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang mendakwa pemandu itu dari Relau. Dia tetap tidak mahu menghentikan kenderaan walaupun sudah ditegur oleh pengguna jalan raya yang lain.
“Dia dari Relau (Bayan Lepas, Penang). Punya laju bawa nak pergi mana entah. Rider hon suruh berhenti pun dia buat tak tahu saja,” kata seorang wanita.
Malah ada individu berseloroh dengan membandingkan Axia dengan Myvi yang dikatakan ‘king’ jalan raya.
“Kini Axia sudah mendahului Myvi king. Myvi sudah jadi queen kini Axia king,” ujar seorang pengguna TikTok.
Ada juga individu berpendapat bahawa aksi tersebut mampu mengundang bahaya kepada pemandu yang lain dan juga merosakkan jalan raya sedia ada.
Ramai Dakwa Pemandu Axia Sudah Ditahan Polis
Sementara itu, ada juga saksi mendakwa Axia itu telah ditahan oleh pihak polis di pekan Permatang Tinggi, Pulau Pinang.
Baca Artikel Berkaitan: Bezza Rampas Takhta ‘King Of The Road’ Milik Myvi, Jadi Pilihan Rakyat Sejak 2023
Baca Artikel Berkaitan: “Myvi Sebelah Pun Takut” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Akibat Jalan Licin [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram