Now Reading
Wanita Jaga Kebajikan Anjing Jalanan Di Ipoh, Dakwa Ramai Makan Haiwan Ini Untuk Kekal Sihat

Wanita Jaga Kebajikan Anjing Jalanan Di Ipoh, Dakwa Ramai Makan Haiwan Ini Untuk Kekal Sihat

Menurut Mardhiah, seorang wanita telah menjaga kebajikan haiwan jalanan sekitar Concubine Lane Ipoh, Perak dengan memberi makan dan minum serta vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haiwan terbiar melibatkan anjing dan haiwan dilihat semakin berleluasa tidak kiralah di negeri mana pun sekitar Malaysia ini.

Walaupun ramai yang bertindak menyelamatkan mereka dengan memberi makan, minum serta tempat tinggal, namun ada juga segelintir yang membunuh haiwan berkenaan dengan kejam.

Seperti sebelum ini, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) telah menawarkan RM3,000 buat mereka yang berjaya menjejak individu yang melapah seekor kucing sekitar Batu Belah, Klang.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lapah Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jika Dapat Jejak Pelaku


Wanita Beri Jaga Kebajikan Haiwan Terbiar Sekitar Ipoh

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @andherhedgehog) apabila seorang wanita dikenali sebagai Mardhiah berkongsi kisah tentang haiwan jalanan sekitar Concubine Lane Ipoh, Perak.

Semasa berada di Ipoh, dia telah terserempak dengan beberapa ekor anjing dengan papan tanda ‘Free Adoption’.

Menurutnya, seorang makcik yang turut berada di kawasan sama berkata dia selalu memberi makan dan minum serta menjaga haiwan jalanan termasuklah anjing dan kucing.

Sumber: X (@andherhedgehog)

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga telah memberi vaksin serta memandulkan setiap haiwan terbiar yang ditemui.

Pada setiap malam, wanita tersebut akan membawa haiwan-haiwan itu untuk dipamerkan kepada orang ramai. Sekiranya ia tidak diambil dan dibela oleh sesiapa, wanita berkenaan akan membawa ia semula ke rumah.


Wanita Dakwa Ramai Masak & Makan Haiwan Jalanan Sekitar Ipoh

Buat mereka yang melalui kawasan itu, anda boleh mengambil haiwan-haiwan tersebut untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah atau menderma wang tunai agar wanita berkenaan boleh terus menjaga kebajikan anjing serta kucing dengan membeli stok makanan.

Berbicara lebih lanjut tentang haiwan terbiar, wanita itu mendakwa ramai orang bertindak masak haiwan berkenaan sebagai sup dan makan hidangan tersebut bagi mendapatkan tubuh badan yang ‘sihat’.

Sumber: X

Orang Ramai Pelik Ada Yang Makan Daging Anjing & Kucing Untuk Sihat

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat terkejut selepas mendapati ramai yang makan daging anjing dan kucing untuk kekal sihat.

“Kenapa pelik selera makan manusia eh? Anjing dengan kucing pun kau nak makan. Dah macam tak ada makanan lain,” kata seorang wanita.

Malah ada individu berkata terdapat banyak jenis makanan lain yang lebih sihat untuk tubuh badan manusia.

“Bukan main banyak ayam, daging, ikan dekat Malaysia ni. Tak sihat lagi? Yang (haiwan) terbiar tak terjaga juga kau nak makan dengan alasan nak sihat?” tanya seorang pengguna X.

Sementara itu, segelintir individu juga berharap agar orang ramai mempraktikkan amalan membela haiwan jalanan selepas ini.

“Saya nampak dua ekor anjing depan kedai sekitar Ipoh tahun lepas. Mencari untuk adoption juga. Tolong jangan makan, tolong bantu ia (haiwan terbiar),” jelas seorang netizen.

Sumber: X

Ada Ke Undang-undang Tidak Boleh Makan Daging Kucing Di Malaysia?

Persatuan Haiwan Malaysia menerusi perkongsian di Instagram sebelum ini berkata memakan daging kucing dan anjing bukan jenayah memandangkan tiada satu pun peruntukan undang-undang mentakrifkan perbuatan tersebut boleh ditangkap, didakwa dan dijatuhi hukuman penjara serta didenda.

Cuma apa yang boleh dipertikaikan ialah cara mematikan haiwan kucing dan anjing jika ia dibunuh secara ‘inhumane’ sama ada cara sembelihan yang betul sebagaimana haiwan ternakan lain atau mematikan kucing dan anjing seperti mematikan ternakan babi.

Persatuan Haiwan Malaysia.

Kaedah mematikan sama ada dengan pemukulan, hentakan, bakar hidup-hidup atau melemaskan kucing atau anjing untuk dimakan dagingnya adalah jenayah pembunuhan haiwan.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

Baca Artikel Berkaitan: Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd