[Video] DJ Guna Upin & Ipin Sebagai Visual Pentas Di Indonesia Undang Perhatian
Difahamkan, DJ Wukong menggunakan siri televisyen Upin & Ipin sebagai latar belakang pentas semasa menganjurkan jelajah konsert di Indonesia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, siri televisyen Upin & Upin yang diterbitkan oleh Les’ Copaque Production telah menjadi kegemaran rata-rata anak kecil di Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia.
Selepas mendapat sambutan hangat di rantau Asia Tenggara, Upin & Ipin bakal hadir dengan permainan konsol tersendiri yang boleh dimainkan di Sony Playstation PS4 dan Switch.
Jelas Pengarah Urusan Les’ Copaque Productions Burhanudin Md Radzi, permainan yang bakal dilancarkan ini sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur dan mesra keluarga kerana tiada unsur keganasan.
Baca Artikel Berkaitan: “It’s Open World Game” – Pemainan Konsol Upin & Ipin Bakal Dilancarkan Di PS4 & Switch [Video]
Upin & Ipin Digunakan Sebagai Visual Latar Pentas Festival Di Indonesia
Walaupun siri animasi tersebut sering dilihat di kaca televisyen, namun lain pula kali ini apabila Upin & Ipin dilihat di pentas konsert pula.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@wukongofficial) menyaksikan DJ Wukong yang berasal dari Singapura sedang menganjurkan festival sekitar Indonesia.
Difahamkan festival yang berlangsung dari Jun hingga Julai itu bertempat di beberapa bandar raya sekitar negara berkenaan termasuklah Jakarta, Surabaya, Bandung, Medan dan banyak lagi.
Antara perkara yang mencuri tumpuan adalah animasi Upin dan Ipin telah digunakan sebagai latar belakang pentas dengan visual dan penyuntingan yang mengagumkan.

Menerusi video perkongsian kelihatan, watak Upin telah tampil di skrin selepas DJ Wukong menyapa pengunjung Indonesia yang hadir ke jelajahnya.
Selepas itu, karakter Ipin pula dilihat menerusi skrin latar pentas dengan cahaya biru yang terpancar keluar daripada matanya. Memang ‘next level’ betul ya penyuntingan tersebut.
Perkongsian tersebut kemudiannya mengundang perhatian selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @kimyaqee2).
the chokehold Upin Ipin has on Indonesia needs to be studied. pic.twitter.com/waWc16Z2GD
— Kimya Qee (@kimyaqee2) July 15, 2024
Ramai Pelik Kenapa Rakyat Indonesia Obses Dengan Upin & Ipin
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa pelik melihat fenomena Upin & Ipin yang sangat luar biasa di Indonesia.
“Rakyat Indonesia lebih obses dengan Upin & Ipin dari warga Malaysia,” jelas seorang pengguna X.
“Pergi Indonesia korang boleh tengok Upin & Ipin ni dekat mana-mana. Maskot dia orang bersepah dan ada televisyen yang hanya tunjuk cerita Upin & Ipin,” kata seorang lelaki.
Malah, ada individu yang berkata karakter Upin & Ipin itu agak berbeza dari segi usia dan dilihat lebih matang.










DJ Wukong Selalu Guna Animasi Sebagai Visual Pentas
Sementara itu, ada juga individu berkata bahawa DJ Wukong sering menggunakan visual yang lain daripada lain semasa melakukan persembahan.
“DJ Wukong ni. Memang visual dia macam itu. Tapi pandailah guna Upin & Ipin untuk penonton Indonesia,” ujar seorang netizen.
Menerusi semakan kami di akaun Instagram milik DJ Wukong, dia juga telah menggunakan pelbagai animasi terkenal yang lain sebagai visual pentas seperti, Crayon Shin Chan, Hello Kitty, Baby Shark dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat 2 Pemuda Tonton Cerita Upin & Ipin Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Upin Ipin Dari Malaysia? Jangan Tonton” – Gabenor Bali Gesa Generasi Muda Bali Berhenti Tonton Filem Dari Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram