“The Real Dominic Toretto” – Pemandu Bawa Myvi Secara ‘Reverse’ Bikin Ramai Terbeliak Mata
Myvi itu dipandu dalam kelajuan yang normal walaupun ia dilakukan secara ‘reverse’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut tentang perkara-perkara pelik yang berlaku di jalan raya sekitar Malaysia, kebanyakannya ia melibatkan kenderaan jenis Perodua Myvi yang sebelum ini digelar sebagai ‘King of The Road’.
Kereta tersebut nampak sahaja kecil tetapi macam-macam perkara yang di luar jangkaan pernah dilakukan oleh pemandunya.
Kadang-kadang terfikir juga macam mana ia boleh berlaku dan kenapa ia sering berlaku kepada Myvi.
Myvi Dipandu Secara ‘Reverse’ Di Jalan Yang Bengkok
Menerusi sebuah video dimuat naik di laman X (@update1111), kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam telah dipandu dalam keadaan yang agak ‘luar biasa’.
Mana tidaknya, pemandu tersebut dipercayai memandu dalam keadaan terbalik di kawasan jalan raya yang berselekoh.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa pemandu lain yang turut menggunakan jalan raya berkenaan dan masih meneruskan pemanduan mereka di belakang Myvi terbabit meskipun ia berada dalam keadaan terbalik.
Dalam video tersebut, Myvi itu dipandu dalam kelajuan yang normal walaupun ia dilakukan secara ‘reverse’.
Walau bagaimanapun, punca sebenar ia dipandu secara terbalik masih tidak dapat disahkan. Namun pemilik video mendakwa Myvi tersebut mungkin mengalami kerosakan pada ‘gear box’.
Gear box rosak katanya. Gear gostan je boleh guna. pic.twitter.com/8XurcqzqTa
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 14, 2024
Netizen Terhibur Lihat Gelagat Myvi Dipandu Secara Terbalik
Menjengah ke ruangan ke komen, rata-rata netizen terkejut melihat cara pemanduan Myvi berkenaan yang dibawa secara ‘reverse’.
Ramai yang menganggap kemahiran tersebut adalah luar biasa siap ada yang samakannya dengan karakter dalam filem popular Fast & Furious iaitu Dominic Toretto.
“The real Dominic Toretto,” ujar seorang pengguna media sosial.
Malah, sesetengah pengguna X juga tertanya-tanya bagaimana pemandu itu boleh berbuat demikian dalam kelajuan yang biasa seperti pemandu lain.
“Power betul reverse jalan bengkok-bengkok. Kalau aku reverse tahu-tahu dah masuk gaung,” kata netizen.

Antara Perkara Pelik Yang Pernah Dilakukan Oleh Kereta Myvvi
Kalau nampak Myvi buat benda pelik-pelik tu, ada yang sudah menganggap ia sebagai perkara biasa. Maklumlah, dah selalu buat ‘hal’!

Antara kejadian tular yang pernah berlaku melibatkan pemandu kereta Myvi adalah seperti:
- Pernah tunda trak lori.
- Terdampar di tengah laut.
- Boleh redah air banjir yang tinggi.
- Terpacak tegak di tepi jalan.
- Sengaja ‘lowered’ kereta sehingga keluar percikan api semasa memandu.
- Rempuh tanah perkuburan.
Memang agak ‘rare’ ya perkara yang berlaku pada kereta Myvi ni.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Leka Kutip Lala Di Sekinchan, Pemilik Myvi Terkejut Kereta ‘Terdampar’ Tengah Laut
Baca Artikel Berkaitan: Myvi ‘Terpacak’ Tegak Tepi Jalan Dengan Lampu Terbuka Jadi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



