Now Reading
“Kenapa Tak Tukar Baru Je?” – Orang Ramai Risau Lihat Individu Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Secara Manual

“Kenapa Tak Tukar Baru Je?” – Orang Ramai Risau Lihat Individu Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Secara Manual

Individu tersebut dilihat sedang mengukir bunga tayar yang sudah botak pada lori menggunakan menggunakan sebuah mesin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tayar adalah salah satu komponen paling penting bagi sesebuah kenderaan kerana tanpa peralatan ini, kenderaan anda tidak dapat bergerak ke sesebuah destinasi.

Pelbagai masalah yang boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga tayar dengan baik. Sebagai contoh, ia boleh pecah pada bila-bila masa ketika pemanduan di jalan raya.

Lebih membimbangkan lagi apabila kejadian itu boleh berisiko menyebabkan kemalangan dan meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.


Individu Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Secara Manual

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@mhmmdhsm), kelihatan seorang lelaki sedang mengukir bunga tayar yang dipercayai sudah botak pada sebuah lori.

Difahamkan, individu berkenaan membuka servis kepada mereka yang mahu membaiki bunga tayar tanpa perlu ke bengkel dan hanya menggunakan sebuah mesin untuk membuat ukiran bunga secara manual.

Jika dilihat secara teliti, ukiran pada tayar berkenaan adalah tidak lurus dan selari.


Masyarakat Bimbang Lihat Individu Ukir Bunga Tayar Secara Manual

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan individu berkenaan yang menawarkan servis untuk mengukir bunga tayar secara manual.

Malah, sesetengah individu menganggap mereka yang menggunakan servis berkenaan sebagai seorang yang kedekut kerana tidak mahu menukar tayar baharu di bengkel.

“Tukar jelah baru, kenapa kedekut sangat ni?” soal netizen.

Sesetengah pihak pula berpendapat bahawa tindakan mengukir bunga tayar ini boleh meningkatkan risiko tayar meletup dan juga kemalangan jalan raya.

“Meletup bunyi macam bom, belum yang terbabas lagi. Menyusahkan orang lain je,” kata netizen.

Seorang netizen juga berkongsi pengalamannya yang pernah terlihat tayar sebuah lori meletup di jalan raya dan serpihan tayar terkena pada kereta di belakang.

“Pernah lalu sebelah lori yang tayarnya meletup sejurus selepas badan kereta saya dah lepas. Kereta belakang yang kena serpihan tayar dia,” kata seorang pengguna X.

Pada masa yang sama, masyarakat menganggap pihak berkuasa sepatutnya memantau lori-lori jalan raya dengan membuat pemeriksaan pada badan kenderaan tersebut.

Sumber: X

Tanda-tanda Kena Ganti Tayar Kenderaan Yang Baharu

Kualiti tayar boleh menjadi haus secara perlahan-lahan kerana menyentuh permukaan jalan.

Tetapi wujud segelintir pemandu yang tidak menyedari bahawa prestasi tayar mereka sudah semakin merosot dan sudah tiba waktu untuk digantikan dengan tayar baharu.

Memetik sumber dari Mekanika, berikut adalah beberapa tanda bahawa tayar kereta anda perlu ditukar. Antaranya:

  • ‘Tread Wear Indicator’ semakin menipis dan menyentuh permukaan jalan.
  • Berlaku fenomena ‘Aquaplaning’ di mana kereta rasa seperti terapung apabila melalui lopak air.
  • Brek terseret.
  • Hilang cengkaman ketika mula memecut.
  • Tayar mengalami kerosakan struktur sehingga menjadi ‘bengkak’ dan mengakibatkan stereng bergegar.

Walaupun menukar tayar itu akan memakan kos yang tinggi, tetapi biarlah anda mengeluarkan kos penggantiannya demi menjaga keselamatan diri dan orang-orang di sekeliling.

Sumber: Pexels

Panduan Untuk Tahu Tayar Baru Atau Lama

Bagi golongan wanita, tidak semua tahu serta peka tentang alatan pada kereta dan cara untuk mengetahui sama ada ia sudah rosak atau sebagainya.

Jangan risau, kami akan berikan beberapa panduan tentang cara mengenal pasti sama ada sesebuah tayar itu masih baru atau sudah lama.

Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah dengan memahami kaedah untuk membaca kod pada tayar.

Berikut merupakan contoh kod tayar yang diberikan, 205/55/R16 91V:
  • 205 = Lebar
  • 55 = Tinggi
  • R = Radial
  • 16 = Saiz/Rim
  • 91 = Had Maksimum Beban
  • H = Speed limit (210km/h)
Sumber: X @zafranmustafa

Huruf yang terakhir itu merupakan kod tahap kelajuan maksimum yang mampu ditampung oleh tayar.

Sumber: X @zafranmustafa

Selain itu, anda perlu menyemak tarikh pembuatan tayar. Walaupun sesebuah tayar itu belum digunakan, tetapi getah pada tayar akan menjadi keras kerana ia sudah lama dihasilkan.

Tempoh maksimum bagi penggunaan sesebuah tayar adalah lima tahun sahaja.

Sumber: X @zafranmustafa

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Panik, Ini Tips Yang Perlu Korang Tahu Jika Tayar Pecah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Nak Tahu Tayar Baru Atau Lama, Elak Ditipu Penjual


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd