Aksi Wanita Buat ‘Onar’ Joget & Kacau Pemandu Jalan Raya Depan IPK Undang Perhatian
Wanita tersebut juga telah membaling satu objek berwarna merah ke arah kereta jenis Toyota Vios.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pemandu jalan raya sudah tentu mahukan perjalanan yang selamat ke destinasi masing-masing. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah individu membuat kekacauan sehingga ia mengganggu pemandu jalan raya yang lain.
Seperti sebelum ini, Datuk Aznil Nawawi telah mendedahkan sikap pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sesuka hati parkir berganda (double parking) sehingga menyusahkan orang lain.
Aksi tersebut telah menyebabkan pemandu kereta jenis Misubishi perlu menunggu berjam-jam lamanya untuk mengeluarkan kenderaannya dari kawasan itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Double Park’ Halang Kenderaan Lain, Pak Nil Bantu Wanita Cari Si Pelaku
Wanita Sandar & Letak Kaki Pada Cermin Sisi Kereta Kancil
Sikap individu yang tidak bertanggungjawab tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ilias_roslan) menyaksikan satu situasi aneh berlaku di depan persimpangan jalan raya.
Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat berada di tengah jalan raya dan mengganggu para pemandu yang melalui kawasan tersebut.
Pada awalnya wanita itu telah menyandar badannya pada tepi pintu kereta jenis Perodua Kancil sambil meletakkan sebelah kaki di cermin sisi.
Walaupun pemandu Kancil cuba mengalihkan kenderaannya, namun wanita berkenaan berkeras mahu mengganggu dengan cara yang sama.
Wanita Joget Tengah Jalan Raya & Ganggu Pemandu Lain
Selepas kancil tersebut beredar dari kawasan itu, wanita tersebut kemudian secara tiba-tiba menari di tengah jalan raya dan membaling satu objek berwarna merah yang dipegang ke arah kereta jenis Toyota Vios.
Kekecohan berkenaan dilihat berterusan di mana dia telah menghentikan sebuah motosikal bagi mengambil barang yang terjatuh dan meneruskan ‘tariannya’.
Perkara tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana lokasi kejadian adalah di depan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Orang Ramai Tak Sangka Wanita Berani Buat Hal Depan IPK
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terkejut dengan tindakan wanita yang berani menimbulkan kekacauan walaupun berada dekat dengan pihak berkuasa.
“Betul-betul depan pejabat (IPK) dia buat (ganggu pemandu jalan raya). Kutip je,” kata seorang netizen.
Malah segelintir individu beranggapan bahawa tingkah laku wanita tersebut seperti sedang khayal dan mabuk sehingga tidak menyedari perkara yang dilakukan.
“Pagi-pagi dah mabuk,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, seorang individu turut berkongsi pengalaman pahit apabila melalui jalan yang sama sebelum ini.
“Aku serik dah nak jalan kawasan ni. Trauma g*la, masa tu tengah jalan kaki nak pergi jeruk Pak Ali ni. Sekali ada satu perempuan ni datang minta duit. Bila tak bagi, saya dibaling dengan kerusi, sipi-sipi nak kena,” jelas seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Calar Sikit” – Pemilik Mercedes Pening Kepala Individu Langgar Kereta Hanya Tinggalkan RM30
Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram