Video Janna Nick ‘Review’ Tomato Harga RM180 Raih 6 Juta Tontonan
Dianggarkan harga untuk sebiji Tomato Amela yang dibeli oleh Janna Nick di The Exchange TRX adalah sekitar RM15.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau korang pergi ke pasar raya tempatan, harga buah tomato berada dalam lingkungan RM6.50 untuk sekilogram.
Kebiasaannya sayuran ini dimasukkan ke dalam masakan seperti Kari Ayam, Tomyam, Ayam Masak Kicap dan sebagainya.
Tetapi lain pula dengan tomato yang dibeli oleh pelakon tempatan iaitu Janna Nick kerana harganya yang jauh berbeza ibarat langit dan bumi.
Janna Nick Beli 12 Biji Buah Tomato Dengan Harga RM180
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok milik pelakon itu (@jannanickofficial), Janna menunjukkan sekotak buah tomato yang dibelinya di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur iaitu The Exchange TRX.
Janna menjelaskan bahawa harga untuk satu kotak buah tomato yang mempunyai 12 biji adalah sekitar RM180.
Selepas membuat pengiraan, dianggarkan harga untuk sebiji tomato tersebut adalah sekitar RM15!
Harganya yang mahal itu adalah kerana ia diimport dari Shizuoka, Jepun dan bukannya tomato yang biasa dimakan.
Pada awalnya, pelakon berkenaan mahu membeli buah strawberi yang viral di media sosial. Namun, pekerja di kedai tersebut mencadangkan agar dia membeli buah Tomato Amela.
“Akak tu kata tomato ni manis, jadi kita percaya la akak tu,” katanya.

Ketika membuat ‘review’ menikmati buah tomato tersebut, Janna menunjukkan reaksi terkejut sehingga terpaksa menggigit buat kali kedua untuk benar-benar mengesahkan rasa tomato berkenaan.
Rasa dia guys, luar biasa. Otak i tak boleh nak digest sebab dia tak rasa macam tomato. Tak tahu nak cakap. Dia terlalu sedap.
Janna Nick.
Janna juga berpendapat rasanya seakan-akan seperti buah dan ia tidak sama dengan cara penggunaannya di Malaysia di mana masyarakat sering menganggap sebagai sayuran.
Ni rasa macam buah. Tomato kat Malaysia kita buat macam sayur. Sekarang i tahu kenapa orang panggil buah tomato.
Janna Nick.
Oleh kerana rasanya yang terlalu sedap, Janna merasakan dia tidak lagi boleh makan buah tomato yang biasa kerana akan teringat rasa Tomato Amela yang dibelinya.
Video ‘review’ oleh Janna ini telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 6.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
@jannanickofficial Ada cherry tomato manis macam ni. tapi dekat London. Dekat malaysia i belum jumpa cherry tomato rasa macam ni. #amela #japan #tomato
♬ original sound – jannanick95 – jannanick95
Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Lepas Tonton Video ‘Review’ Janna Nick
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video ‘review’ dari Janna Nick yang membeli buah tomato harga ‘kayangan’ itu.
Beberapa netizen yang berkata mereka terliur dan sanggup untuk ke TRX semata-mata kerana mahu mencuba buah Tomato Amela tersebut.
“Sekarang aku rasa macam nak pergi TRX semata-mata nak beli Amela Tomato. Tunggu la, gaji lagi dua minggu aku sampai. Time gaji RM180 rasa macam RM18,” kata pengguna TikTok.
Malah, ada juga netizen yang menggambarkan rasa tomato berkenaan seperti buah epal fuji dan mendakwa ia sama seperti tomato yang diletakkan di atas piza yang dijual di Itali.
“Rasa dia manis macam epal fuji. Macam tu la rasa tomato sama di Itali. Sebab tu diorang makan piza letak tomato dan keju dah sedap,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, segelintir individu juga mempersoalkan bagaimana rasanya memakan buah tomato begitu sahaja.
“Sedap ke makan tomato macam tu je?” soal netizen.

Tomato Amela Dari Jepun

Menerusi laman web Amela, rasa buah Tomato Amela ini lebih kepada manis sehingga ramai yang menganggapnya sebagai buah.
“Misi kami bukan sahaja mahu mencipta tomato yang sedap, tetapi ia juga menyentuh hati sesiapa sahaja yang memakannya,” kenyataan yang ditulis dalam laman web Amela.
Dari segi nilai khasiatnya, buah ini mempunyai nilai kandungan yang lebih banyak berbanding tomato biasa.

Kepada korang yang teringin nak cuba sendiri buah Tomato Amela ini, boleh dapatkannya di Seibu, The Exchange TRX.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Simpan Tomato Hingga Tahan Lama? Ini Cara Terbaik Yang Tak Ramai Orang Tahu!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



