[Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!
Selepas 7 tahun membuat konten di dapur, Khairul Aming ingin menaik taraf dan menghasilkan video memasak sambil melancong.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja Khairul Aming, sudah tentu ramai akan teringat tentang video-video resepi masakan yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Antara segmen masakan yang paling ditunggu-tunggu dan diminati ramai adalah ’30 Hari 30 Resepi’ pada setiap bulan Ramadan.
Konten dilakukan oleh influencer ini sememangnya disambut baik oleh masyarakat sehinggakan barangan masakan akan habis terjual di pasaran. Selama ini, Khairul Aming hanya membuat konten masakan di dapurnya, tetapi kali ini dia telah pergi ke ‘next level’.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi 4 Jenis Resepi Air Untuk Berbuka Puasa. Semua Nampak Sedap!
Baca Artikel Berkaitan: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming
Khairul Aming Perkenal Siri Konten Baru Di New Zealand
Baru-baru ini, tular hantaran di akaun TikTok milik Khairul Aming apabila influencer masakan itu memperkenalkan satu siri konten baru iaitu memasak sambil meneroka negara New Zealand.
Jelasnya, konsep itu bertujuan bagi menaik taraf jenis konten yang dilakukannya. Difahamkan, Khairul Aming telah membuat video di studionya selama 7 tahun, tetapi kali ini dia mahu membuat sedikit kelainan dengan memasak di negara barat pula.
“Impian untuk kejar passion saya sambil travel dunia akhirnya tercapai. Selamat datang ke episod pertama saya,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Siri memasak di New Zealand tersebut terdiri daripada 9 episod secara keseluruhan. Tambah Khairul Aming, dia telah membuat ramai kenalan baru sepanjang berada di sana.
Peralatan & Barangan Memasak Akan Diderma Kepada Pelajar Di Sana
Apabila tiba sahaja di New Zealand, destinasi pertama Khairul Aming bersama rakannya adalah ke tempat penginapan mereka. Sambil itu, mereka juga tidak terlepas untuk menikmati keindahan alam.
Di homestay berkenaan, mereka dapat menikmati pemandangan gunung-ganang dan juga laut serta tasik berdekatan.
Bagi peralatan dan bahan memasak pula, dia membuat keputusan untuk membeli kesemua barangan di sana termasuklah periuk belanga, pinggan, garam, gula dan sebagainya.
Peralatan memasak yang sudah digunakan selepas 9 hari itu akan diderma kepada pelajar-pelajar yang kini menuntut di bumi New Zealand.
Masak Juadah Lengkap Semasa Hari Ke-2
Tiba hari kedua di sana, Khairul Aming memulakan rancangan memasaknya di tepi tasik. Dia telah memasak nasi putih bersama lauk ayam paprik.
Untuk pencuci mulut pula, dia telah sediakan gabungan yogurt segar bersama cream cheese, cookie crumbs dan juga beri biru.
Tidak lengkaplah sajian tersebut tanpa minuman menyegarkan. Khairul Aming telah menyediakan minuman jus oren bersama daun pudina.
Ingin Teruskan Minat Dalam Bidang Videografi & Memasak
Berbicara mengenai pengalamannya di sana, dia berkata suasana sekitar amat tenang. Mereka juga telah menghabiskan masa melihat pemandangan alam sekitar yang indah.
Sekumpulan rakan itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan latar matahari terbenam di belakang. Memang cantik betul ya!
“Benda yang aku nampak depan mata ni adalah benda yang aku impikan sejak zaman sekolah lagi. Aku nak sangat pursue my passion dalam videografi dan juga memasak, dalam masa yang sama boleh travel dunia.
“Selepas sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus, arwah ayah pun dah bagi aku izin untuk resign lepas dah kerja dulu. So alhamdulillah impian nak buat benda ni akhirnya menjadi satu realiti,” jelasnya lagi.
Di akhir perkongsian, influencer tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap dirinya selama ini.
@khairulaming Selepas 7 tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam 9 episode memasak sambil explore New Zealand 🇳🇿 Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode 🥹
♬ original sound – Khairulaming
Orang Ramai Kagum Dengan Pencapaian Khairul Aming
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat teruja dengan siri terbaru itu selain mengagumi pemandangan cantik di New Zealand.
“Ke New Zealand lah kita rakyat Malaysia,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga dilihat mengucapkan tahniah kerana pencapaian yang mengagumkan selepas berusaha bertahun-tahun lamanya.
“Tahniah. Selepas 10 tahun, kau berjaya capai impian. Teruskan jadi inspirasi kepada kita semua!” ujar seorang wanita.
Sementara itu, orang ramai turut menitipkan doa buatnya agar sentiasa berjaya pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram