Now Reading
[Video] Pemilik Restoran Hadiahkan Pekerja Kereta Myvi Sebagai Tanda Hargai Komitmen Selama 3 Tahun

[Video] Pemilik Restoran Hadiahkan Pekerja Kereta Myvi Sebagai Tanda Hargai Komitmen Selama 3 Tahun

Pemilik restoran di Sarawak yang dikenali sebagai Encik Damith menghadiahkan kereta kepada salah seorang pekerjanya yang sudah berkhidmat melebihi tiga tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Persekitaran positif di tempat kerja dan mempunyai bos yang baik juga merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh setiap pekerja.

Ada majikan dan kawan-kawan yang baik di pejabat itu pun satu rezeki kerana ada juga sesetengah individu yang stres bukan sebab bebanan kerja, tetapi akibat persekitaran toksik.

Bagi sesetengah majikan pula, mereka juga akan melakukan cara tersendiri untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada pekerja-pekerja.

Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf

Baca Artikel Berkaitan: iPhone 13 Percuma Diberi Oleh Majikan, Lelaki Ini Luah Rasa Terharu


Majikan Belikan Kereta Myvi Kepada Pekerja, Hargai Komitmen Selama 3 Tahun Di Restoran

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman Facebook AmzKuching, seorang pemilik restoran di Sarawak dikenali sebagai Encik Damith dilihat bertemu dengan lelaki bernama Vincent di sebuah kedai makan.

Mereka kemudiannya menaiki kereta dan menuju ke sebuah premis pengedar kenderaan.

Ketika ditanya oleh Vincent tentang tujuannya ke lokasi tersebut, dia berkata mahu mengambil sebuah kereta Myvi yang dibelikan khas untuk seorang pekerjanya yang sudah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.

Kereta tu bukan untuk saya. Saya beli untuk salah seorang staf saya. Itu cara saya nak tunjukkan rasa bersyukur mempunyai pekerja seperti mereka yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing setiap hari.

Encik Damith.
Sumber: Facebook AmzKuching

Kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih telah ditunjukkan dalam video berkenaan dan ia dipercayai hadiah yang akan diberikan kepada pekerjanya.

Selepas mengambil kenderaan itu, Damith telah membawa sehingga di hadapan restoran sebelum memanggil keluar pekerja untuk menunjukkan hadiah yang mahu diberikan.

Semasa melihat hadiah untuk dirinya, pekerja berkenaan kelihatan terkejut dan terus memeluk majikannya kerana teruja melihat kereta Myvi tersebut.


Masyarakat Puji Tindakan Murni Bos Hadiahkan Kereta Untuk Pekerja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan dilakukan oleh pemilik restoran berkenaan yang baik hati menghadiahkan sebuah kereta kepada pekerjanya.

Malah, orang ramai juga turut tersentuh hati melihat perbuatan Damith yang mahu menghargai jasa pekerjanya yang sudah berkhidmat melebihi tiga tahun.

Siap ada yang bertanya sekiranya ada kerja kosong atau tidak di restoran berkenaan, semata-mata mahu memiliki majikan yang baik seperti Damith.

Sumber: Facebook

5 Cara Yang Boleh Dilakukan Oleh Majikan Untuk Hargai Pekerja Dalam Syarikat

Antara cara-cara yang boleh dilakukan oleh majikan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja mereka adalah seperti:

  • Memberikan insentif bulanan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang positif.
  • Memberikan hadiah kepada mereka ketika sambutan ulang tahun hari jadi.
  • Sentiasa mengucapkan terima kasih dan memberi pujian atas segala kerja yang dilakukan dengan baik.
  • Memberi peluang kepada pekerja untuk melontarkan idea atau pendapat tentang sesuatu perkara.
  • Membawa pekerja melakukan aktiviti ‘outdoor’ di luar pejabat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan lagi hubungan.
Gambar sekadar hiasan.

Sebagai pekerja, sekecil-kecil penghargaan daripada majikan sangat memberi impak kepada diri mereka dan seterusnya mampu menaikkan produktiviti kerja menjadi lebih baik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd