“No Wedding, Tak Ada Kahwin” – Tengku Hassanal Mohon Rakyat Malaysia Hormati Kehidupan Peribadi
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan bahawa baginda mahu memberi fokus dalam berkhidmat kepada Raja dan Negeri sepenuhnya buat masa ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keluarga kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali dengan sikap ramah mereka bersama rakyat Malaysia.
Selain baginda, anakanda-anakanda mereka juga turut mendapat perhatian ramai oleh kerana perwatakan yang mesra terhadap masyarakat serta ketampanan wajah yang dimilikinya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat
Sehinggakan wujud sesetengah pihak turut mengambil berat tentang kehidupan peribadi baginda termasuklah dari segi pasangan pilihannya untuk berkahwin.
Tengku Hassanal Mohon Agar Masyarakat Hormati Keputusan Tentang Perkahwinan Akan Datang
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@this.7) milik anakanda kedua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, baginda menjelaskan bahawa keprihatinan rakyat terhadap kehidupan peribadinya amat dihargai.
Namun, baginda menitahkan agar kehidupan peribadinya melibatkan perkahwinan pada masa akan datang dapat dihormati.
Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai. Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Jelas baginda lagi, pilihan hidup yang penting itu perlulah dibuat dengan teliti mengikut kesesuaian masa yang tepat.
Tengku Hassanal menitahkan bahawa baginda mahu memberi fokus dalam berkhidmat kepada Raja dan Negeri sepenuhnya buat masa ini.
Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Di akhir hantaran itu, baginda mengucapkan terima kasih dan menghargai segala sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap dirinya.
Selain memuat naik hantaran, Tengku Hassanal juga memuat naik gambar di Instagram Story yang dengan menulis ‘No Wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya,’.
Baginda turut memberi cadangan agar rakyat Malaysia berborak mengenai topik-topik lain seperti politik, bisnes dan bola sepak.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Hantaran Dimuat Naik Oleh Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik oleh Tengku Hassanal itu juga telah dikongsikan semula oleh pengguna di laman X (@jatikhwan) dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka bahawa seseorang yang berasal dari keluarga Diraja juga mempunyai masalah hampir sama dengan rakyat-rakyatnya selepas sering ditanya tentang soal perkahwinan.
“Macam rakyat marhaen juga ya masalah dia,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, ada juga segelintir masyarakat mendakwa bahawa ura-ura baginda bakal mendirikan rumah tangga itu bermula dari bondanya iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Mak dia lah yang cakap tu,” kata seorang pengguna X.
Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat tidak sepatutnya terlalu menjaga tepi kain baginda.
“Kesian baginda. Sibuk diorang ni. Dulu Sultan Perak pun kahwin lewat kan. Baginda tenang-tenang je. Sekali tengok dapat Raja Permaisuri kemain cantik dan bijak pandai. Anak-anak pun comel belaka,” ujar netizen.
Profil Tentang Tengku Hassanal
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang berusia 29 tahun telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan kini Pemangku Raja Pahang.
Berikut adalah susunan anakanda-anakanda kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Cik Puan Julia Rais:
1. Tengku Amir Nasser (Anakanda angkat) – 25 Ogos 1986.
- Ibu bapa: Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan Datuk Seri Czarina binti Abdullah.
2. Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat) – 24 Julai 1990.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
3. Tengku Puteri Iman Afzan – 11 November 1992.
- Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah – 17 September 1995.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
5. Tengku Puteri Ilisha Ameera – 1 Oktober 1995.
- Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.
6. Tengku Puteri Ilyana – 20 April 1997.
- Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.
7. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah – 3 Ogos 1997.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
8. Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah – 11 September 2000.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
9. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah – 11 September 2000.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
10. Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah – 27 April 2002.
- Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.
Baca Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Tarikh Hari Keputeraan YDPA Berbeza Dengan Hari Lahir Baginda? Ini Sebabnya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.