“Mak Ayah Penat Balik Kerja” – Ramai Sebak Dengar Jawapan Murid Ini Tekad Nak Berjaya
Difahamkan, murid dikenali sebagai Alif itu telah menyertai satu program motivasi di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang pernah bergelar pelajar, sudah tentu anda pernah melalui momen-momen berasa insaf selepas menyertai program atau kem motivasi yang dianjurkan pihak sekolah.
Hal ini kerana, penceramah sering memberikan kata-kata semangat yang membuatkan para murid akan terkenang kembali tingkah laku mereka selama ini.
Kata-kata menusuk kalbu itu sekaligus membuat para murid menyedari tentang segala perkara buruk yang dilakukan selama ini selain memberi kesedaran untuk kekal berjaya sebagai seorang anak.
Baca Artikel Berkaitan: Nekad Ingin Berjaya Walaupun Dari Keluarga Susah, Luahan Pelajar Ini Sentuh Hati Ramai Orang [Video]
Murid Lelaki Menangis, Ingin Jadi Anak Soleh & Berjaya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zackzawani) menyaksikan seorang pakar motivasi bernama Zack Zawani sedang menemu bual seorang murid lelaki dari Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Nik Alif Aryan.
Menerusi video perkongsian, Zack telah bertanya kepada Alif mengenai sebab dia mahu berjaya.
“Saya nak masuk syurga. Saya tak nak menyusahkan mak ayah saya,” kata Alif sambil menitiskan air matanya.
Zack kemudiannya bertanya dengan lebih mendalam tentang mengapakah Alif tidak mahu menyusahkan ibu bapanya. Menjawab kepada persoalan itu, murid lelaki tersebut berkata, “Saya tahu mak ayah saya penat balik kerja. Bangun pagi mak saya masak.”
Alif Ajak Rakan Yang Lain Untuk Sama-sama Berubah
Tambah si kecil, dia sangat menyayangi kedua ibu bapa yang telah menjaga dirinya sejak kecil.
“Saya nak korang semua berubah jadi anak yang baik. Kita sama-sama berubah. Aku nak berjaya! Aku nak banggakan mak ayah aku! Aku nak jadi anak yang soleh! Aku nak mak ayah aku masuk syurga!” ujar murid berusia 9 tahun itu.
Zack juga dilihat menitipkan doa buat Alif agar segala impiannya dan niat baik bagi mengharumkan nama orang tua tercinta tercapai pada masa akan datang.
Saya doakan awak jadi pelajar terbaik di SK Bangsar ni. Saya doakan Alif jadi pelajar cemerlang, satu masa nanti Alif jadi orang kaya bantu ramai orang susah. Abang sayang Alif.
Zack.
Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan sekitar 1.2 juta setakat artikel ini ditulis.
@zackzawani Kita kadang-kadang tak boleh faham apa yang mak ayah kita rasa. Sedarlah jadi anak yang terbaik untuk keluarga. Jom doakan aliff. Abang sayang aliff. Aliff anak yang baik #zackzawani #zhampion #riseup #bangkitterus ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Orang Ramai Sebak Lihat Alif Yang Nangis Teresak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat Alif yang dikatakan ikhlas untuk berubah bagi menggembirakan hati ibu bapanya.
“Meremang tengok adik ni punya semangat dengan kata-kata. Tak macam budak sekolah dik. Sumpah nampak macam matang sangat daripada umur pemikirannya. Akak doakan adik, kata-kata ni adalah kejayaan awak satu hari nanti,” ujar seorang wanita.
Ramai juga berkata ibu bapa Alif sudah pasti bangga mempunyai cahaya mata yang sedar tentang tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Sementara itu, ramai juga golongan netizen menitipkan doa agar Alif sentiasa berjaya walau di mana pun dia berada.
“Bahagianya dapat anak yang sedar pengorbanan ibu bapanya. Semoga kamu membesar dengan baik, berjaya di dunia dan akhirat,” jelas seorang pengguna TikTok.
Alhamdulillah, kekalkan semangat Alif! Kalau terus konsisten dengan motivasi macam ini, mesti boleh kekal cemerlang, insya-Allah.












Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Kembar Dapat 11A SPM, Banggakan Mak Ayah Dengan Keputusan Cemerlang
Baca Artikel Berkaitan: “Setiap Tahun Dapat Dekan” – Ibu Sebak Wakili Arwah Anak Terima Penghargaan Siswazah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram