“Hebat Malukan Diri” – Individu Jatuh Lepas Langgar Lampu Merah Untuk Buat Aksi ‘Wheelie’
Kejadian individu terjatuh di persimpangan lampu isyarat itu dipercayai berlaku sekitar Hospital Cyberjaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Aksi ‘wheelie’ sememangnya terkenal di kalangan individu yang sering menyertai perlumbaan haram di jalan raya. Tindakan itu bukan sahaja dilakukan pada waktu malam, malah ramai juga berani membuat perkara sama pada siang hari.
Seperti sebelum ini, pasangan suami isteri telah ditahan polis selepas melakukan aksi tersebut ketika Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Lelaki yang berusia 17 tahun dan wanita 16 tahun itu diberkas selepas kedua-dua suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Buat Aksi ‘Wheelie’ Ketika Hari Raya, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis
Individu Buat Aksi ‘Wheelie’ Lepas Langgar Lampu Isyarat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @mynewshub) menyaksikan satu situasi mengejutkan berlaku di persimpangan lampu isyarat dipercayai sekitar Hospital Cyberjaya.
Menerusi perkongsian rakaman dashcam kereta tersebut, kelihatan tiga buah motosikal sedang berhenti bagi menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Namun tidak lama selepas itu, salah seorang penunggang motosikal telah melanggar lampu merah berkenaan dan membuat aksi ‘wheelie’.

Pun begitu, niat untuk melakukan aksi tersebut dengan jayanya tidak berhasil selepas dia terjatuh di tengah-tengah jalan raya.
Pemandu dan penumpang yang berada dalam kereta kemudiannya menjerit terkejut kerana individu berkenaan terjatuh secara tiba-tiba.
Tahniah….memalukan diri sendiri dengan begitu cemerlang…. pic.twitter.com/LCJTFxgByX
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 10, 2024
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Individu Buat Aksi Wheelie
Menjengah ke ruangan balas, orang ramai berpendapat bahawa si penunggang motor pasti berasa malu apabila jatuh di tengah-tengah jalan.
“Tak mampu nak tengok sampai habis sebab sampai ke sini malunya tu,” kata seorang pengguna X.
Malah ada individu yang tidak memahami segelintir individu yang gemar melakukan aksi menunggang motor secara berbahaya.
“Aku teringin nak tahu apa yang ada dalam kepala otak dia orang sampaikan kena wheelie? Nak cabar siapa sebenarnya?” tanya seorang lelaki.
Sementara itu, seorang individu berharap agar kejadian tersebut boleh dijadikan sebagai pengajaran agar tidak lagi melakukannya pada masa akan datang.
“Harap dia (penunggang motor) insaf lepas ni,” ujar seorang wanita.
Dalam pada itu ada juga individu bersangka baik dan berkata penunggang motor tersebut tidak sengaja melulu ke depan.
“Mungkin tak sengaja tu. Kadang-kadang bila kaki tertekan gear lebih dengan mengejut memang jadi macam tu,” kata seorang netizen.














Individu Didapati Bersalah Boleh Didenda Hingga RM15,000
Untuk info, aksi wheelie bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain juga.
Kes sebegitu boleh disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Jika didapati bersalah, individu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.
Baca Artikel Berkaitan: Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor
Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Pasangan Kekasih Buat Video Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Atas Jalan Raya Di Kuantan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram