Now Reading
Viral Lelaki ‘Sado’ Jual Durian, Ramai Persoal Isu Cara Kendali Makanan

Viral Lelaki ‘Sado’ Jual Durian, Ramai Persoal Isu Cara Kendali Makanan

Tular di media sosial apabila sekumpulan pekerja lelaki sedang menjual durian sambil tidak memakai baju di sebuah gerai sekitar Kajang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui musim durian di Malaysia sudah pun tiba. Orang ramai dilihat teruja dan berpusu-pusu mencari gerai durian berdekatan untuk menikmati ‘buah raja’ tersebut.

Oleh disebabkan itu, para peniaga kini menggunakan pelbagai teknik pemasaran bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai mereka.

Pun begitu, terdapat juga beberapa perkara tentang cara penjualan durian yang mencetuskan perbahalan di kalangan orang ramai.


Para Lelaki Tak Pakai Baju Ketika Jual Durian

Baru-baru ini, tular di media sosial menyaksikan beberapa lelaki ‘sado’ tidak memakai baju sedang menjual buah durian di sebuah gerai yang terletak sekitar Kajang.

Penampilan para peniaga yang tidak memakai baju telah menarik perhatian ramai selepas dimuat naik di akaun TikTok milik gerai tersebut.

Memetik Harian Metro, salah seorang pekerja itu berkata dia bukan sengaja tidak berbaju untuk menayang badan bagi menarik kedatangan pelanggan.

Menurutnya, video dia bersama rakan yang lain tidak memakai baju dirakam sewaktu mereka sedang sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba ke gerai.

“Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal. Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk content di TikTok,” kata pekerja berkenaan.

Sumber: TikTok

Lelaki Percaya Pekerja Tak Ambil Kursus Pengendalian Makanan

Perkongsian video yang tular itu kemudian mendapat perhatian orang ramai di laman X (Twitter).

Dalam pada orang ramai sedang fokus tentang tubuh badan mereka, namun seorang pengguna dikenali sebagai Syed Akramin mempersoalkan tentang cara pekerja gerai berkenaan dalam mengendali makanan.

“Saya rasa mereka ini tak pernah hadir kursus kendalian makanan. Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh beri nasihat dan ambil tindakan. Putrajaya dan Kajang bukan jauh pun,” kata Syed.


Orang Ramai Berang Dengan Tindakan Pekerja Yang Tak Memakai Baju

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berang dengan sikap para pekerja yang kurang mementingkan kebersihan semasa berniaga.

Malah ada yang berkata aksi mereka tidak memakai baju itu merupakan satu taktik pemasaran yang menjijikkan.

“Makin pelik-pelik sekarang ya. Masalahnya ni memang tujuannya tarik pelanggan. Saya minta maaf tetapi ni adalah taktik yang rendah dan memalukan.

“Saya pun tak sempurna tetapi taktik b*odoh ni menjijikkan. Jual elok-elok je la, abang lain laku je jual durian tak perlu buka baju pun,” kata seorang individu.

Sementara itu ada yang berkata bahawa perkara itu boleh mengundang fitnah. Bukan itu sahaja, ada juga individu mempersoalkan sama ada mereka telah mengambil suntikan typhoid ataupun tidak.

Sumber: X

Peniaga Perlu Hadiri Kursus Pengendalian Makanan

Untuk info, setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran, kafe, kantin sekolah dan bazar harus melengkapkan tiga perkara iaitu Kursus Pengendali Makanan, suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.

Sekiranya peniaga bukan warganegara, saringan FOMEMA dan permit yang sah diperlukan sebagai tambahan.

Kursus pengendalian makanan. Sumber: MCE

Vaksin anti-typhoid adalah satu kewajipan dalam golongan peniaga bagi mengelakkan penyakit demam kepialu daripada merebak.

Menerusi kursus yang dijalankan selama beberapa jam itu, bakal peniaga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kaedah betul bagi mengendali makanan buat pelanggan.

Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, setiap peniaga makanan perlu memakai pakaian yang bersih dan lengkap sebelum menyedia dan mengendalikan makanan.

Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Baca Artikel Berkaitan: “Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd