Now Reading
[Video] Lelaki Sediakan Parkir Percuma Di Laman Rumah, Hanya Minta Titip Doa Isteri Bersalin Dengan Mudah

[Video] Lelaki Sediakan Parkir Percuma Di Laman Rumah, Hanya Minta Titip Doa Isteri Bersalin Dengan Mudah

Kawasan perumahan tersebut dibanjiri dengan kenderaan yang dipercayai menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang baru sahaja berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hampir setiap minggu pasti ada sahaja program yang dijalankan melibatkan komuniti sesebuah kawasan, terutamanya pada cuti umum.

Walaupun acara sebegitu sering mendapat sambutan hangat dari masyarakat, namun perkara yang menjadi masalah utama adalah tempat meletakkan kenderaan yang terhad.

Perkara itu sekaligus menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan parkir. Dalam sesetengah kes pula, caj bayaran parkir yang dikenakan oleh pemilik parkir adalah terlalu mahal.


Individu Beri Parkir Percuma Di Laman Rumah Buat Orang Ramai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nonoshrn) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nana Shaharin menunjukkan sejumlah kenderaan yang banyak di sebuah laman rumah.

Kawasan tersebut kelihatan sesak dengan kenderaan yang dipercayai menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang baru sahaja dianjurkan pada minggu lalu.

Oleh disebabkan ramai para pengunjung berpusu-pusu ke karnival berkenaan, segelintir daripada mereka sukar mencari tempat meletakkan kereta.

Cakna dengan masalah yang dihadapi oleh mereka, seorang pemilik rumah di kawasan tersebut membenarkan orang ramai untuk parkir di halaman kediaman yang luas secara percuma.

Sumber: TikTok (@nonoshrn)

Bukan itu sahaja, pemilik rumah juga telah meninggalkan nota pesanan di peti surat buat sesiapa yang berniat untuk meletakkan kenderaan di rumahnya.

Menerusi surat tersebut, si suami hanya meminta para pemandu untuk menitipkan doa agar urusan isterinya yang bakal bersalin tidak lama lagi dipermudahkan.

Semoga dipermudah segala urusan abang dan isteri yang banyak memudahkan urusan pengunjung karnival MADANI Kuantan.

Nana Shaharin.
@nonoshrn Semoga dipermudah segala urusan abang dan isteri yang banyak memudahkan urusan pengunjung #karnivalmadani ♬ Langit – Yuna

Orang Ramai Puji Sikap Owner Rumah Yang Tak Berkira

Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata daripada mereka memuji sikap baik hati pemilik rumah.

“Siapa la pemilik ni ya? Bagusnya dia buat macam ni. Allah sangat suka kepada orang yang memudahkan urusan orang lain. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kelak,” kata seorang individu.

Malah ada yang berkata sedekah itu akan memberi ganjaran yang besar buat pasangan suami isteri tersebut.

“Nampak kecil je sedekahkan parkir (kereta). Tapi impak paling besar dekat sana (akhirat) nanti. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan kalian sekeluarga,” ujar seorang wanita.

Selain itu, segelintir individu mengingatkan orang ramai agar bersikap prihatin dalam menjaga harta benda pemilik rumah.

“Owner dah buat macam ni, yang parkir (kenderaan) kena ada sivik. Jangan buat sampah merata-rata. Parking elok-elok,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@nonoshrn)

Baca Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd