Now Reading
[Video] “Kaki Menggigil Tiba-tiba” – Pekerja Kongsi Detik Gayat 30 Minit Atas Menara Tinggi

[Video] “Kaki Menggigil Tiba-tiba” – Pekerja Kongsi Detik Gayat 30 Minit Atas Menara Tinggi

Lelaki itu mendedahkan gaji pokok untuk pekerjaannya yang perlu memanjat menara tinggi adalah sekitar RM1,500.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pekerjaan ada risiko dan cabarannya yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti fizikal yang memerlukan seseorang itu memanjat kawasan tinggi.

Pada zaman ini, pastinya wujud segelintir individu yang menerima sahaja apa jua kerjaya yang ditawarkan kerana perlu bersaing dengan graduan yang semakin bertambah.

Namun sebelum itu, mereka perlulah meneliti semula jenis tugasan yang perlu dilakukan sebelum bersetuju untuk melakukannya.


Kaki Pekerja Menggigil Selama 30 Minit Ketika Panjat Menara Yang Tinggi

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@wanonlyknowwork), seorang lelaki berkongsi detik ketika dia ditugaskan untuk melakukan kerja yang memerlukan dirinya memanjat sebuah menara tiang elektrik di Sarawak.

Namun disebabkan menara tersebut agak tinggi, individu berkenaan tidak dapat meneruskan aktiviti untuk memanjat kerana kakinya yang menggigil secara tiba-tiba.

Katanya sampai 30 minit juga kaki dia menggigil atas tangga menara itu.

Sumber: TikTok (@wanonlyknowwork)

Lelaki berkenaan turut sempat merakam video menunjukkan suasana dari atas menara tersebut yang membolehkan dia melihat pemandangan hampir di seluruh kawasan.

“Sumpah takut, tower apa yang tinggi sangat ni. Aku tak sign up untuk kerja macam ni,” kata lelaki itu.

Jelas lelaki ini, dia terpaksa melakukan apa jua kerja meskipun ia berisiko kerana mahu mencari wang untuk mengahwini pasangannya.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga meraih 2.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@wanonlyknowwork

Sangkut jugak la dekat 30 minit di tempat sama hampir terkencing nak naik takleh nak turun takleh 😂 Alhamdulillah masih hidup 🙂‍↕️ Lokasi : Sarawak

♬ original sound – Wan – Wan

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video Tersebut

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas melihat momen yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan ketika sedang memanjat menara tinggi.

Sesetengah masyarakat memberitahu mereka juga mempunyai pengalaman bekerja yang sama sehingga ‘tersangkut’ di atas menara selama dua jam kerana takut dengan ketinggian.

“Saya pernah ada kat tempat mana awak ada tu. Saya pernah sangkut dekat dua jam atas tu,” kata seorang pengguna TikTok.

Seorang lagi pengguna media sosial yang juga pernah melakukan kerja sama pula berkata antara perkara yang menyebabkan dia takut adalah sekiranya wujud burung helang yang besar.

“Aku jadi rigger ni satu je aku takut, helang. Kemain besar lagi helang aku pernah jumpa,” ujar pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, ada juga yang menganggap pekerjaan yang berisiko itu mempunyai gaji yang lumayan.

Namun pemilik video menjelaskan gaji pokok yang diterimanya adalah RM1,500 dan hanya diberikan elaun jika ‘outstation’ sahaja kerana hanya memililki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Baca Artikel Berkaitan: Suami Mengadu Isteri Nekad Mahu Ke Luar Negara Kerana Kerja, Risau Kerana Staf Semua Lelaki & Tempat Agak Bahaya

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd