Now Reading
“Terus Lari Masuk Bilik’ – Reaksi Bos Malu-malu Dapat Kejutan ‘Birthday’ Dari Pekerja Buat Orang Ramai Terhibur

“Terus Lari Masuk Bilik’ – Reaksi Bos Malu-malu Dapat Kejutan ‘Birthday’ Dari Pekerja Buat Orang Ramai Terhibur

Bos di sebuah kedai bakeri di Muar, Johor yang pemalu itu cuba untuk bersembunyi dalam sebuah bilik selepas menyedari pekerjanya membuat kejutan hari jadi untuk dirinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba hari jadi seseorang, rata-rata masyarakat akan membuat kejutan untuk ahli keluarga atau rakan-rakan mereka bagi memperingati hari istimewa tersebut.

Tak kisahlah ia dilakukan dengan seringkas kek apollo dan sebatang lilin atau di restoran mewah, yang penting kenangan bersama orang tersayang itulah yang akan menjadi memori terindah.

Walaupun kejutan hari jadi ini sering dilakukan, tetapi jangan terkejut kerana ada juga individu yang kurang gemar dengan ‘surprise’ seperti ini.


Bos Pemalu Cuba Larikan Diri Ketika Pekerja Buat Kejutan Hari Jadi

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@fatiyalan_), seorang pekerja wanita di kedai bakeri, De Toast di Muar, Johor telah berkongsi detik ketika mahu membuat kejutan hari jadi kepada bos mereka.

Kejutan yang disertakan dengan sebiji kek dilakukan ketika bos mereka yang bernama Sim Wee Tong sedang keluar dari sebuah bilik.

Selepas terlihat kek yang dibawa oleh pekerja tersebut, wajahnya menunjukkan reaksi terkejut dan terus berlari memasuki bilik berhampiran.

Bukan itu sahaja, Wee Tong juga cuba menyorokkan wajahnya menggunakan tangan di atas meja.

Sumber: TikTok (@fatiyalan_

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan mula mengalah dan mengambil kek yang dihulurkan lalu meniup lilinnya.

Wee Tong berkata dia seorang yang pemalu dan bertanya dalam nada bergurau sama ada pekerjanya mengetahui perwatakannya yang pemalu.

Pada masa yang sama, lelaki berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya atas kejutan yang dilakukan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@fatiyalan_/video/7388477548423957778

Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Bos Pemalu Ketika Pekerja Buat Kejutan Hari Jadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat terhibur melihat gelagat bos pekerja tersebut yang mahu melarikan diri kerana malu diberikan kejutan bersempena dengan sambutan hari jadinya.

“Comel je dia cakap ‘saya memang malu’ dalam keadaan malu,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga masyarakat yang tertanya-tanya bagaimana bos yang pemalu meluahkan rasa marah.

Sesetengah orang ramai pula berpendapat sikap lelaki itu juga menunjukkan dia seorang yang rendah diri selepas melihat keadaan sebuah bilik yang didakwa milik bos tersebut.

“Bos pejabat macam bilik stor, jenis bos yang setinggi rendah dengan pekerja,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Walaupun sambutan ini hanya biasa-biasa, tetapi percayalah ia merupakan sesuatu yang akan diingati selama-selamanya oleh individu tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’

Baca Artikel Berkaitan: Raih 24 Juta Tontonan, Tular Pegawai Polis Buat Kejutan Birthday Untuk Banduan Bikin Ramai Teruja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd