Now Reading
“Ini Belum Kerja” – Pelajar Merungut Pensyarah Bagi Banyak Tugasan, Ramai Merungut Gen Z Manja

“Ini Belum Kerja” – Pelajar Merungut Pensyarah Bagi Banyak Tugasan, Ramai Merungut Gen Z Manja

Pelajar universiti berkenaan mendakwa jumlah tugasan yang diberikan agak keterlaluan sehingga tidak berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau imbau balik waktu zaman universiti, mesti akan teringat momen ketika tidak tidur malam dengan rakan-rakan kerana mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Walaupun perlu bersengkang mata, tapi kenangan ketika zaman universiti memang tidak dapat dilupakan.

Tetapi lain pula yang berlaku dengan segelintir pelajar universiti ini selepas mereka tidak berpuas hati dengan jumlah tugasan yang diberikan.

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Bahasa & Adab” – Gara-gara Biadap, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Peserta ATNM [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Trend Nobita, Trend ‘Kami Bukan Malas, Tapi Sikap Guru Buat Kami Malas’ Pula Jadi Perhatian


Pelajar Universiti Merungut Diberi Banyak Tugasan

Menerusi satu gambar yang dimuat naik semula di laman X (@Rusydi_RL), sekeping kertas tertera pesanan yang cuba disampaikan oleh pelajar universiti kepada para pensyarah.

Mesej tesebut menjelaskan tentang luahan hati mereka yang merungut kerana mendakwa jumlah tugasan yang diberikan agak keterlaluan.

Malah, pelajar tersebut juga berkata mereka terpaksa berpura-pura ‘kuat’ di hadapan tenaga pengajar meskipun sedang tertekan.

Mesej kepada para lecturer, anda tak faham ke kami ni stress tapi bila depan anda kami buat selamba je.

Mesej daripada pelajar kepada pensyarah.

Bukan itu sahaja, mereka juga seolah-olah mahu menyalahkan pensyarah sekiranya wujud pelajar yang mati membunuh diri kerana stres dengan tugasan yang banyak.

Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup kalau ada yang mati bunuh diri disebabkan anda. Kami cakap kerana kami dengar luahan para pelajar.

Mesej daripada pelajar kepada pensyarah.
Gambar sekadar hiasan.

Mereka juga merasakan jumlah kerja yang diberikan seolah-olah menganggap para pelajar adalah robot.

“Coursework berlambak, assignment lagi, test lagi, presentation lagi. Suruh buat report macam orang bodoh. Kami bukan robot 6 subjek tapi 10 course work? Anda fikir wajar,” tulis pelajar dalam mesej berkenaan.

Pelajar terlibat turut mempersoalkan sama ada pensyarah tidak mahu memberikan waktu kepada mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga selepas sering berdepan ‘Study Week’ ketika musim perayaan.

Anda fikir anda sahaja perlukan masa dengan keluarga. Tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada study week. Aduh Malaysia ku.

Mesej daripada pelajar kepada pensyarah.

Oleh kerana tidak cukup masa untuk membuat ulangkaji, pelajar-pelajar ini turut menyalahkan pensyarah yang dikatakan melayan mereka ibarat murid sekolah.

“Untuk menghadapi dunia pekerjaan, bukan diajar hanya untuk menjawab peperiksaan. Course work banyak bila kami nak buat revision,” kata pelajar.


Netizen Kecam Rungutan Pelajar Universiti Yang Dikatakan Terbeban Dengan Tugasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan kerana menganggap generasi muda pada zaman ini agak ‘manja’.

“Pernah satu sem lapan paper. Assignment double, quiz, tuto, presentation, bentang paper dua hingga tiga kali setahun. Grad juga. Diorang ni dah la zaman ada Chat GPT dan AI pun lemah lagi ke,” kata seorang pengguna X.

Sesetengah netizen pula menganggap sikap segelintir pelajar yang suka menangguhkan kerja menjadi punca mereka merasakan tugasan yang diberikan adalah terlalu banyak.

“Sebenarnya yang jadi stres sebab menangguh-nangguhkan kerja. Awal-awal relaks sangat. Bila dateline dah dekat mula gelahar nak siapkan semua,” ujar seorang netizen.

Pada masa yang sama, masyarakat juga memberi bayangan bahawa tekanan semasa bekerja lebih stres berbanding semasa di universiti.

“Baru stres study dik. Cuba masuk alam pekerjaan tengok stres dia macam mana,” komen seorang pengguna X.

Sumber: X

Sebagai pelajar universiti, tugasan yang diberikan itu mungkin tidak membantu untuk digunakan dalam dunia pekerjaan.

Namun pengalaman tersebut boleh mematangkan setiap individu dan dijadikan sebagai persediaan untuk berdepan keadaan semasa berkerja pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd