Now Reading
Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI

Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI

Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua jenis binatang iaitu haiwan dihormati syarak dan haiwan yang tidak dihormati syarak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang tinggal di kawasan berdekatan hutan, antara perkara yang sering menjadi masalah utama adalah apabila haiwan liar menceroboh kediaman.

Kadangkala, haiwan-haiwan tersebut datang singgah ke rumah untuk mengambil dan makan tanaman sekeliling.

Keadaan akan bertambah teruk apabila binatang liar ini masuk ke dalam rumah, merosakkan harta benda lalu mencederakan manusia.


Boleh Ke Racun Beruk Yang Masuk Ke Rumah?

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sedang menjawab satu soalan dalam satu sesi tazkirah.

Soalan tersebut adalah, “Boleh tak kalau kita nak racun beruk sebab dia masuk dalam rumah?”

Menjawab kepada persoalan itu, UAI menjelaskan haiwan dibahagikan kepada dua jenis iaitu haiwan yang dihormati syarak dan haiwan yang tidak dihormati syarak.

Dalam Islam, makhluk di bawah haiwan yang tidak dihormati syarak boleh dan harus dibunuh. Sebagai contoh, ular berbisa yang mematuk manusia.

Anda juga akan dikurniakan pahala sekiranya membunuh haiwan tersebut kerana mengelak diri daripada bahaya dan kerosakan.

Sumber: Pexels

Nabi Muhammad SAW juga membenarkan manusia membunuh kala jengking kerana bisanya. Haiwan-haiwan ini termasuk dalam kategori makhluk yang boleh memudaratkan kesihatan dan bahayakan nyawa manusia.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, makhluk itu disebut dengan istilah haiwan fasiq.

Mengulas lanjut, jenis haiwan yang dihormati syarak seperti ayam, lembu, kucing dan banyak lagi tidak boleh dibunuh dan hukumnya haram. Sebagai contoh memanah, menggantung, atau melanggar haiwan berkenaan.

UAI berkata terdapat satu kejadian di mana umat zaman jahiliah menjadikan ayam sebagai sasaran memanah. Baginda bersabda, Allah SWT melaknat orang yang jadikan ayam sebagai sasaran memanah.

Berbalik kepada soalan, UAI menjelaskan bahawa haiwan yang pada awalnya jinak tetapi bertukar ganas seperti beruk boleh dibunuh dengan alasan ia merosakkan harta benda atau membahayakan manusia.

Kera atau apa-apa jenis monyet yang merosakkan tanaman boleh dibunuh, namun jika ia hanya tinggal di dalam hutan tanpa mengacau sesiapa, pembunuhan tidak dibenarkan sama sekali.

Sumber: Batu Pahat Sana Sini
@pakdeain BOLEH TAK KALAU KITA NAK RACUN BINATANG #ustazazharidrus #ilmuagama #binatang #hukumislam #ceramah ♬ bunyi asal – PAKDEAIN

Keropok Beracun Digunakan Sebagai Perangkap Monyet

Terdahulu, dua adik-beradik dilaporkan termakan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, dua beradik tersebut dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Terbaharu, Muhammad Akil Syauqi, 3 iaitu abang daripada dua beradik terbabit telah menghembuskan nafas terakhir semalam (10 Julai).

Terkini, pekebun yang meletakkan keropok beracun itu telah ditahan semalam ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Jaga Bertahun-tahun, Lelaki Luluh Hati 2 Kucing Mati Kena Racun

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang Lihat Individu Buang Kucing Atas Alasan ‘Tak Larat Nak Bela’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Penggunaan Racun Serangga! Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Saraf Kanak-Kanak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd