Now Reading
Betul Ke Belajar Di Pusat Tuisyen Lebih Faham Dari Sekolah? Ini Pandangan Orang Ramai

Betul Ke Belajar Di Pusat Tuisyen Lebih Faham Dari Sekolah? Ini Pandangan Orang Ramai

Salah satu faktor yang mungkin mendorong murid susah faham di sekolah adalah disebabkan jumlah rakan sekelas yang terlalu ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, anak-anak akan dihantar ke sekolah pada waktu pagi dan ke sekolah agama menjelang petang. Pun begitu, sesi pembelajaran bagi segelintir murid mungkin tidak terhenti di situ sahaja.

Semakin hari, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat tuisyen di luar sekolah dilihat sudah menjadi satu trend.

Hasil daripada kelas tambahan berkenaan, ramai di kalangan penuntut di tuisyen memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka.


Wanita Pelik Segelintir Murid Lebih Faham Di Pusat Tuisyen Berbanding Di Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @KakchikaAshaKC) apabila seorang wanita dikenali sebagai Kakchik berkongsi pandangannya tentang sistem pembelajaran di sekolah dan juga di pusat kelas tambahan luar.

Jelasnya, dia berasa pelik kerana segelintir murid dikatakan susah untuk memahami perkara yang dipelajari di sekolah namun sebaliknya apabila di pusat tuisyen.

“Kenapa belajar dekat sekolah susah nak faham? Tapi bila pergi tuisyen, terus boleh faham dan skor. Cikgu tuisyen lagi power dari cikgu sekolah ke?” tanya Kakchik.

Sumber: MalayMail

Faktor Menyebabkan Murid Lebih Mudah Faham Di Kelas Tuisyen

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian orang ramai untuk menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Antara faktor yang diketengahkan adalah seperti berikut:

#1. Bilangan Murid Yang Sedikit Di Pusat Tuisyen

Segelintir berpendapat bahawa bilangan murid di kelas tuisyen yang lebih sedikit berbanding di sekolah membuatkan para pelajar lebih senang fokus.

Seorang guru berkata, kepandaian seseorang murid boleh dipengaruhi atas pelbagai faktor berbeza. Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas boleh menjadi satu gangguan ketika sedang belajar.

“Nisbah kelas yang rendah dan biasanya kalau cikgu tuisyen memang dia pastikan pelajar faham,” kata seorang guru.

Orang ramai juga dilihat bersetuju dengan pandangan yang sama iaitu bilangan pelajar memainkan peranan penting tentang kefahaman seseorang murid tentang sesuatu pelajaran.

#2. Murid Belajar Semula Subjek Di Sekolah Semasa Di Tuisyen

Apabila di alam persekolahan, para pendidik kebanyakannya akan meminta para pelajar untuk membuat latihan dan mengulang kaji segala yang dipelajari apabila sudah pulang ke rumah.

Perspektif yang sama juga telah diberikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Fauzi. Menurutnya, pelajar lebih mudah faham di pusat tuisyen kerana perkara sama diajar berulang kali sekaligus menggalakkan pemahaman si murid tentang sesuatu subjek.

Dekat sekolah kita belajar tentang A, lepas itu buat latihan dalam keadaan baru pertama kali tahu tentang A. Pergi tuisyen pula cikgu ajar lagi sekali tentang A, murid buat (latihan) dengan berpengetahuan tentang A (dari sekolah). Oleh sebab itu, lebih faham mungkin?

Fauzi.
#3. Persekitaran Lebih Kondusif

Sementara itu, seorang individu juga telah berkongsi pengalaman peribadinya tentang isu ini. Seorang lelaki dikenali sebagai Zee berkata persekitaran pembelajaran yang kondusif juga menjadi faktor utama murid lebih senang faham di kelas tambahan.

Tambahnya lagi, persekitaran pusat tuisyen adalah lebih santai berbanding sekolah membuatkan para pelajar lebih ‘senang tangkap’ tentang perkara dipelajari.

Mungkin pelajar pergi tuisyen dengan keadaan lebih relaks, tidak terancam dan situasi pembelajaran yang lebih kondusif. Ada aircond dan cikgu fokus dengan pelajar yang lebih sedikit.

Zee.
#4. Kos Pembelajaran

Selain itu, ada yang berkata sesetengah pusat tuisyen mengenakan yuran bulanan atau tahunan yang tinggi. Oleh disebabkan tidak mahu membazirkan duit itu, makan para murid akan lebih menumpukan perhatian di pusat tuisyen.

#5. Pemikiran Pelajar Tentang Belajar Di Sekolah

Seterusnya, ramai juga berkata ‘mindset’ yang diterapkan oleh pelajar mungkin menjadi punca mengapa mereka lebih mudah faham sewaktu belajar di kelas tambahan.

“Salah satu sebab adalah mind blocked. Dah ada mindset ‘dekat sekolah cikgu ajar tak faham’. Jadi memang kurang fokus dekat sekolah sebab dah set nak fahamkan waktu (hadir) tuisyen,” kata seorang lelaki.

Sumber: X (@KakchikAshaKC)

Tips Fokus Semasa Belajar Dalam Kelas

Buat mereka yang bergelar murid dan susah untuk fokus di dalam kelas, di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi menangani masalah tersebut. Antaranya:

Sumber: MalayMail
  • Mengelakkan diri dari sebarang gangguan yang mengalihkan perhatian.
  • Membuat nota tentang pekara yang dipelajari.
  • Minum air dengan banyak agar badan kekal hidrasi.
  • Terapkan pemikiran positif sebelum kelas bermula.
  • Cari sumber motivasi untuk kekal cemerlang dalam pelajaran.
  • Duduk di barisan hadapan dalam bilik darjah.
  • Mendapatkan rehat yang cukup sebelum mula pelajaran.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang Gagal Diterima Masuk Ke UM, Mohon Surat Sokongan Dari Ahli Politik

Baca Artikel Berkaitan: “Kakak Tak Dapat Fokus”- Netizen Tersentuh Lihat Guru Sanggup Tawar Diri Jadi Pengasuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Istimewa Tercicir Gara-Gara Ibu Bapa ‘Denial’, Terpaksa Ikuti Kelas Aliran Perdana


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd