Now Reading
[Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit

[Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit

Selepas 10 minit, seorang pemandu wanita dipercayai pemilik kenderaan yang memarkir di kawasan larangan berkenaan telah memasuki keretanya lalu beredar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai pemandu yang berhemah, setiap individu perlu menanam rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing agar tidak mendatangkan masalah kepada masyarakat.

Tetapi masih wujud segelintir pihak yang mementingkan diri dan tidak memikirkan kesannya kepada pemandu yang lain.

Salah satu contoh pemandu yang tidak beretika adalah apabila mereka memarkir di kawasan yang tidak sepatutnya.


Pemandu Letak Kereta Di Kawasan Larangan Parkir Di Pusat Membeli-belah

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@chiefhasan), keadaan di sebuah kawasan pusat membeli-belah terletak di Bukit Jalil telah berdepan kekecohan selepas kesesakan berlaku selama 10 minit.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa buah kereta tidak dapat bergerak dan membunyikan hon tanpa henti kerana hanya satu lorong sahaja yang boleh digunakan.

Sumber: TikTok @chiefhasan

Situasi menjadi semakin keruh apabila satu lorong bertentangan telah dihalang oleh sebuah kereta yang sengaja memarkir keretanya di lorong tersebut.

Kenderaan yang tersekat pada lorong berkenaan juga telah menyebabkan jalan di sebelahnya menjadi sempit dan menyukar kereta di lorong sebelah untuk melepasinya.

Tidak lama selepas itu, seorang pemandu wanita dipercayai pemilik kenderaan yang memarkir di kawasan larangan berkenaan telah memasuki keretanya dan beredar dari kawasan terbabit.

Ketiadaan kereta yang memarkir di kawasan berkenaan telah menjadikan trafik di kawasan tersebut kembali lancar.


Ramai Bengang Lihat Tindakan Wanita Selamba Parkir Di Kawasan Tidak Sepatutnya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan wanita berkenaan kerana selamba memarkir di kawasan yang tidak sepatunya sehingga mengganggu pemandu-pemandu lain.

Malah, ada yang turut mempersoalkan pemilihan kawasan parkir oleh pemandu berkenaan.

“Punya lah banyak parking tepi tu. kereta tak boleh kena panas ke?” soal pengguna TikTok.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial turut bertanya tentang keberadaan pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.

“Tak ada pengawal keselamatan ke untuk kunci tayar kereta yang salah parkir tu?” soal netizen.

Pemilik video sempat membalas bahawa pengawal keselamatan kemudiannya datang di kereta terbabit sebelum bertindak mencari pemilik kenderaan berkenaan.

Sumber: TikTok

Kejadian Hampir Sama Pernah Berlaku Sebelum Ini

Sebelum ini, kes hampir sama pernah berlaku di mana dua buah bas RapidKL tidak boleh melepasi satu laluan selekoh selepas beberapa kereta memarkir di tepi jalan.

Situasi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga orang ramai di kawasan sekitar terpaksa bekerjasama mengalihkan kereta tersebut ke bahagian kiri jalan.

X (Twitter @KlutzyKucing)

Bukan itu sahaja, satu lagi kejadian telah berlaku di sekitar Jalan Burma, Georgetown di Pulau Pinang apabila sebuah kereta jenis Lamborgini Hurucan berwarna hitam dilihat parkir di kawasan selekoh jalan.

Sumber: Facebook Penang Press

Tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd